TAMPIN : Persatuan Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMHC Malaysia) memperuntukkan RM1.5 juta bagi menjayakan inisiatif agihan Pek Kembali Ke Sekolah sempena sesi persekolahan tahun ini.
Pengurus Besarnya, Nasri Nordin berkata, usaha yang telah dimulakan sejak tahun 2017 bagi membantu golongan kurang berkemampuan di seluruh negara itu, sekali gus mencorak keceriaan murid dalam memulakan persekolahan.
“Bagi tahun ini, sebanyak RM1.5 juta telah berjaya dikumpul dan dibelanjakan bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif Pek Kembali Ke Sekolah, yang kali ini kita fokus kepada murid prasekolah yang akan melangkah ke tahun satu.
“Ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 11,000 murid seluruh negara dan wang tersebut adalah hasil sumbangan syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan yang prihatin, termasuklah dalam kalangan para pelanggan dan wargakerja McDonald’s Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah bersama Yayasan Jaafar Ahmad kepada murid dari sekolah-sekolah Felda di daerah Tampin yang diadakan di Felda Pasir Besar, di sini. Turut hadir di majlis tersebut termasuk wakil-wakil dari Felda Pasir Besar yang telah memberi sokongan padu kepada program ini.
Yayasan Jaafar Ahmad merupakan sebuah badan kebajikan yang diasaskan oleh keluarga Datuk Azmir Jaafar yang juga Presiden RMHC Malaysia yang ditubuhkan bagi membantu golongan yang memerlukan di Negeri Sembilan.
Pada majlis itu, Yayasan Jaafar Ahmad turut dihadiri Penasihatnya, Zainudin Jaafar. Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif murni RMHC Malaysia, Yayasan Jaafar Ahmad juga menyumbang 1,000 Pek Kembali Ke Sekolah kepada murid prasekolah di Negeri Sembilan termasuk 300 murid di sekolah luar bandar di sekitar daerah Tampin.
Mengulas lanjut ujar Nasri, pengagihan Pek Kembali Ke Sekolah itu dilakukan secara berperingkat sejak Disember 2023 lalu sehingga minggu pertama sesi persekolahan baharu yang akan bermula minggu hadapan.
“Di dalam beg sekolah yang diagihkan ini turut berisi sepersalinan pakaian sekolah termasuk kasut serta alat tulis, dan RMHC Malaysia akan meneruskan inisiatif pengagihan ini bagi meringankan beban ibu bapa dari segi penyediaan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak.
“Selain itu, kami juga berharap agar Pek Kembali Ke Sekolah yang diberikan ini dapat memberi motivasi kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah,” tambahnya.
Sementara itu, Zainudin berkata, beliau berharap sumbangan berkenaan dapat mencipta kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan mengubah nasib keluarga penerima ke arah yang lebih baik.
“Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sumbangan melalui yayasan ini adalah cara saya sekeluarga menabur bakti kepada negeri kelahiran saya dan masyarakat di sini kerana saya juga pernah jadi anak kecil yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.
“Saya tahu bagaimana perasaannya apabila mendapat kelengkapan sekolah baharu dan besar harapan saya agar sumbangan ini dapat mencipta kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan mengubah nasib keluarga,” ujarnya.
Terdahulu, Pek Kembali Ke Sekolah yang diperkenalkan RMHC Malaysia sejak 2017 telah membelanjakan sebanyak RM9.7 juta yang memberi manfaat kepada lebih 157,000 murid sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Mar 11 2024
Bagi tahun ini, sebanyak RM1.5 juta telah berjaya dikumpul dan dibelanjakan bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif Pek Kembali Ke Sekolah.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
RMHC Malaysia salur RM1.5 juta, bakar semangat 11,000 murid kurang berkemampuan
Bagi tahun ini, sebanyak RM1.5 juta telah berjaya dikumpul dan dibelanjakan bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif Pek Kembali Ke Sekolah.