awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK12 akan dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/03/2021
09:04 MYT
RMK12 akan dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa
Mustapa berkata, rancangan berkenaan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa membabitkan angka dan perincian lain sesuai dengan keadaan negara. - Gambar fail
JELI: Dokumen Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) sudah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan sebaik Parlimen dibenarkan bersidang kelak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, rancangan berkenaan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa membabitkan angka dan perincian lain sesuai dengan keadaan negara termasuk kesan COVID-19.
"Draf RMK-12 sudah siap sebenarnya tetapi disebabkan pandemik (COVID-19), menuntut kami untuk melihat semula beberapa strategi serta angka dan proses ini berjalan secara berterusan. Sebaik Parlimen bersidang atau apabila kerajaan minta bentang, kita siap sedia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dekat sini pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mustapa dalam pada itu turut menjelaskan, Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara yang dipengerusikan secara bersama olehnya dan Mohd Zuki sudah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi memastikan projek pembangunan tahun 2021 berjalan lancar.
"Kita memantau setiap projek di bawah kerajaan Persekutuan pada tahun ini (bagi memastikan ia) berjalan mengikut perancangan serta penjadualan yang ditetapkan untuk merancakkan semula ekonomi pembangunan negara.
Beliau berkata, pemantauan ini bagi memastikan projek pembinaan termasuk di bawah RMK11 tidak tergendala.
"Kerajaan memperuntukkan RM69 bilion untuk projek pembangunan dan mengikut laporan diterima terdapat angka yang tidak dapat dibelanjakan," katanya.
Topic Berkaitan
#RM12
#dibentangkan di Parlimen
#dibenarkan bersidang
#Mustapa Mohamed
#Kelantan
#COVID-19
#bersedia
#impak
#kesan
#negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan