KOTA BHARU: Projek pembangunan di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) mengalami kelewatan apabila hanya mencapai 14 peratus pelaksanaan dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM334 juta setakat Mac lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peratus pembangunan itu masih rendah kerana projek yang dirancang mengalami sedikit kelewatan berbanding sasaran awal yang sepatutnya telah mencapai 25 peratus.
Beliau berkata antara isu yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan tersebut adalah kekurangan tenaga kerja, isu penyelarasan di peringkat agensi kerajaan dan masalah tapak projek yang rumit.
"Bagi pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), terdapat empat seksyen berada pada peringkat pembinaan.
"Bagaimanapun, tiga seksyen pula mengalami sedikit kelewatan iaitu bagi pakej 2C di Bukit Sejuk ke Gua Musang, pakej 3B dan 3C membabitkan bulatan Gua Musang dan pakej 3D di Bulatan Gua Musang ke Mentara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat status projek pembangunan Rancangan Malaysia RMK12 di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata bagi pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK) membabitkan tujuh pakej dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2.7 bilion telah diluluskan dan ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.
"Sehingga Mac lalu, dua pakej telah siap sepenuhnya manakala lima pakej lagi masih dalam peringkat pembinaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata pihaknya telah meluluskan peruntukan tambahan membabitkan nilai RM200 juta menerusi projek Fasa Satu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Beliau berkata secara umumnya projek berkenaan berjalan dengan baik dan dijangka siap pada Julai depan namun terdapat beberapa isu termasuk permohonan tambahan untuk menyelesaikan masalah banjir khususnya di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Gual Periok dan DUN Meranti.
"Menerusi projek ini pada awalnya kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM465 juta, namun terdapat peruntukan tambahan daripada Jabatan Pengairan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir di dua DUN berkenaan dan kami meluluskan sebanyak RM200 juta menjadikan nilai keseluruhan RM665 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peratus pembangunan itu masih rendah kerana projek yang dirancang mengalami sedikit kelewatan berbanding sasaran awal yang sepatutnya telah mencapai 25 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Projek jalan Nanga Menuan ke Nanga Setepus siap 100 peratus
Nanta turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Rh Igau Bukong Baruh Sungai Menuan.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
693 daripada 1,069 sekolah daif telah dibaik pulih - Fadhlina
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan terus komited untuk menyelesaikan isu sekolah usang di negara ini.
292 projek pembangunan, empat berimpak tinggi, beri manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan
Sebanyak 79 daripadanya telah disiapkan sepenuhnya termasuk empat projek fizikal berimpak tinggi sekali gus memanfaatkan masyarakat.
Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 - RAM Ratings
Momentum ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik sehingga tahun depan, dengan KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 4.0 peratus pada tahun ini.
Ranhill rancang pembangunan projek kemudahan air di Indonesia dengan China Energy Engineering
Ranhill berkata ia telah menandatangani memorandum persefahaman dengan CEIG untuk bersama-sama meneruskan projek bekalan air Ir H Djuanda.
Percepat projek infrastruktur negeri, proses pindah milik tanah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan.