awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
MALAYSIA
Institut Audit Oman mahu jalin kerjasama strategik dengan SPRM
DUNIA
Forum keagamaan IKIM perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

RMK13 beri lebih ruang perkasa gerakan koperasi - Ewon

Bernama
Bernama
19/06/2025
13:45 MYT
RMK13 beri lebih ruang perkasa gerakan koperasi - Ewon
Ewon (tengah) ketika sidang media pada Majlis Peluncuran BKK25 di sebuah hotel hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal dimuktamadkan minggu hadapan dijangka memberi lebih ruang dan peluang kepada gerakan koperasi untuk berkembang dan terus menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata kementeriannya telah mengemukakan beberapa cadangan agenda serta inisiatif khusus untuk sektor koperasi bagi tempoh lima tahun perancangan RMK13, yang merangkumi tahun 2026 hingga 2030.
"Saya yakin ini akan menjadi sebahagian daripada agenda RMK13 negara yang bakal dimuktamadkan oleh Kabinet minggu hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Koperasi Kebangsaan 2025 (BKK 2025) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.
Mengulas lanjut mengenai agenda utama RMK13 dalam membangunkan sektor koperasi dengan lebih baik, Ewon berkata kementerian itu diberi sasaran untuk menjana hasil perolehan gerakan koperasi dengan nilai RM100 bilion.
"Pada taklimat awal Jemaah Menteri, kita telah dimaklumkan mengenai satu agenda besar dalam RMK13 untuk membangunkan koperasi dengan lebih baik. Mudah-mudahan gerakan koperasi bukan hanya dapat menjana perolehan yang kita sasarkan ini, tetapi juga dapat meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.
Semalam Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan RMK13 di bawah Kerajaan MADANI dijangka dibentangkan di Parlimen pada 28 Julai ini.
Mengulas mengulas mengenai prestasi sektor koperasi setakat ini, Ewon memaklumkan nilai perolehan koperasi pada 2024 mencecah RM68.18 bilion, melebihi sasaran Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM).
"Sasaran kita menjelang 2030 adalah RM100 bilion, namun saya cabar gerakan koperasi untuk tidak hanya dinilai berdasarkan jumlah perolehan, sebaliknya memberi tumpuan kepada sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.
Beliau berkata dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini lebih 1,000 koperasi baharu didaftarkan setiap tahun, menunjukkan sambutan positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap gerakan itu.
Beliau menyifatkan peningkatan itu hasil usaha pelbagai pihak termasuk Institut Koperasi Malaysia (IKMa) serta kerjasama ANGKASA dalam mempromosi koperasi sebagai gaya hidup rakyat Malaysia.
Ewon turut memaklumkan Penutupan Sambutan Hari Koperasi Negara akan diadakan pada 27 Julai ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#MITC
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#Angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami