awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13 teruskan dasar bersepadu, fokus industri HGHV - Rafizi

Bernama
Bernama
20/03/2025
10:15 MYT
RMK13 teruskan dasar bersepadu, fokus industri HGHV - Rafizi
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menjawab Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar bersepadu dan bersesuaian yang memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diteruskan dalam penyediaan Dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata ini bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negara ke arah rantaian yang lebih tinggi dan kompleks.
Beliau berkata RMK13 yang sedang dimuktamadkan akan memastikan kerajaan dapat mencapai sasaran untuk mengurangkan kebergantungan kepada satu atau dua sumber pendapatan sahaja.
"Industri baharu ini akan memberi keanjalan kepada kerajaan untuk memilih cara yang terbaik supaya kita secara berterusan dapat mengimbangkan keperluan fiskal negara dan juga untuk mengurangkan beban percukaian kepada rakyat," katanya semasa waktu pertanyaan lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar mengenai industri baharu yang sedang diteroka kerajaan untuk dijadikan sumber perolehan negara.
"Tumpuan akan diberi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan berasaskan teknologi termaju dalam industri HGHV ini bagi menggalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan yang kompleks," katanya.
Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Pay Hen yang ingin tahu adakah industri nadir bumi mampu menjana ekonomi negara dalam tempoh 10 tahun, Rafizi berkata kerajaan dalam perancangan membangunkan kilang pemprosesan sumber nadir bumi di negara ini.
"Kita nak menggunakan hasil sumber itu supaya dapat dikekalkan di dalam negara ini selama yang mungkin dan hasilnya bukan sahaja dengan menjual mineral itu tetapi menggunakannya sebagai satu pelaris untuk membawa masuk seberapa banyak pelaburan berteknologi tinggi di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Ekonomi
#industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi
#Rafizi Ramli
#RMK13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan