awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13 tumpu tangani cabaran ekonomi negara - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/06/2025
14:24 MYT
RMK13 tumpu tangani cabaran ekonomi negara - PM Anwar
Anwar berkata, cabaran itu termasuklah kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata cabaran itu termasuklah kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan.
"Negara perlu lebih berdaya tahan dalam mendepani risiko dan ketidaktentuan ekonomi global di samping mempercepat peralihan struktur dan merapatkan jurang pembangunan sosioekonomi," kata beliau menerusi catatan di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar mengetuai perbincangan bersama pegawai kanan kerajaan mengenai penyediaan RMK13 yang akan dibentangkan Kerajaan MADANI pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
"RMK13 adalah antara dokumen dasar utama kerajaan untuk melaksanakan agenda Ekonomi MADANI.
"Penyediaan dokumen ini yang bermula sejak pertengahan tahun lepas adalah hasil usaha berpasukan dan maklum balas menyeluruh mengenai cadangan strategi dan inisiatif yang telah dirangka daripada semua pihak berkepentingan.
"Ini termasuk kementerian, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO) dan orang awam," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK-13
#Rancangan Malaysia
#ekonomi
#kerajaan
#cabaran ekonomi
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan