SHAH ALAM: Tokoh korporat terkemuka negara, Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah AS$11.8 bilion (RM51.88 bilion).
Berdasarkan senarai terkini Hartawan Dunia Forbes 2023, taikun itu menduduki tempat ke-146 sebagai antara individu paling kaya di dunia.
Kekayaan anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu diperoleh hasil daripada perniagaan berasaskan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung serta turut melibatkan diri dalam perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.
Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan pula menjadi individu kedua terkaya di negara ini apabila berada pada kedudukan ke-179, dengan nilai kekayaan AS$10.1 bilion (RM44.41 bilion).
Bilionair dan tokoh korporat terkenal, Ananda Krishnan pula menjadi individu ketiga terkaya di Malaysia dan berada dalam kedudukan ke-511 terkaya dunia dengan kekayaan bernilai AS$5.2 bilion (RM22.86 bilion).
Sementara itu, Pengasas LVMH yang juga warga Perancis, Bernard Arnault menjadi orang terkaya di dunia berdasarkan senarai berkenaan dengan nilai kekayaan bernilai AS$211 bilion (RM927.77 bilion).
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan Twitter, Elon Musk pula menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$180 bilion (RM791.46 bilion).
Jeff Bezos pula menempatkan diri sebagai individu ketiga paling kaya di dunia, dengan kekayaan bernilai AS$114 bilion (RM501.26 bilion). - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 05 2023
Tokoh korporat terkemuka negara, Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah AS$11.8 bilion (RM51.88 bilion). - Foto fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Rakyat Malaysia paling kaya, Robert Kuok rai ulang tahun kelahiran ke-100
'Raja Gula'itu menerima ucapan tahniah daripada sekumpulan tokoh perniagaan elit di Hong Kong pada hari kelahirannya semalam.
Robert Kuok kekal paling kaya di Malaysia
Orang kaya kedua di Malaysia pula pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dan yang ketiga bilionair Ananda Krishnan.
Kekayaan 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes menurun
Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10 peratus berbanding setahun lepas kepada AS$80.5 bilion.
Kekayaan 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes menurun
Kekayaan terkumpul 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10 peratus berbanding setahun lepas kepada AS$80.5 bilion.
Forbes: Kekayaan 50 orang terkaya Malaysia meningkat, Robert Kuok teratas dengan RM50.3bil
Hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan peningkatan bagi kekayaan kolektif mereka berikutan ia menokok 14 peratus kepada hampir US$90 bilion tahun ini, selepas mencat
Robert Kuok kekal orang paling kaya di Malaysia
Robert Kuok berada pada kedudukan nombor satu lagi dengan nilai bersih AS$11.5 bilion, kedudukan yang dipegang selama lebih dua dekad.
Robert Kuok, Syed Mokhtar masih tersenarai individu paling kaya di dunia
Terdapat 14 orang kaya Malaysia yang dipaparkan dalam senarai jutawan sedunia Forbes bagi tahun 2019.
Majlis Penasihat Kerajaan adakan mesyuarat terakhir hari ini
Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan pada Mei lalu mengadakan mesyuarat terakhirnya pada hari ini bagi memuktamadkan saranan sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Duta China temui Robert Kuok berhubung kerjasama China-Malaysia
Pada pertemuan selama satu setengah jam itu, Bai Tian bercakap mengenai sumbangan Kuok kepada pembangunan Malaysia dan perkembangan hubungan China-Malaysia.
'I salute you, you saved the country', Robert Kuok tabik hormat kepada Tun Mahathir
Ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Robert Kuok hadir di pejabat Perdana Putra untuk bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.