HULU KELANG: Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit oleh masyarakat yang tinggal di sekitar bangunan terbiar itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.
Menurutnya, susulan itu pada Sabtu, satu lawatan bersama Yang Dipertua MPAJ, Ani Ahmad serta agensi terlibat telah diadakan bagi mencari solusi kepada aduan tersebut.
"Isu ini masih dalam status perbincangan. Kebarangkalian paling utama ialah bangunan terbiar ini dirobohkan kerana tidak melihat pilihan lain (dalam menyelesaikan isu tersebut).
"Objektif utama bagi menyelesaikan aduan dan selepas dirobohkan, barulah fikirkan apa yang akan dibuat di kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau ditemui pada program gotong-royong perdana bagi persiapan kedatangan Ramadan di Masjid Bukit Antarabangsa di sini.
Mohd Kamri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung status perobohan bangunan terbiar tersebut.
Dalam tragedi runtuhan 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers telah runtuh sehingga meragut 48 nyawa.
Sejak itu, tapak berkenaan terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang mengundang rasa kurang senang penduduk setempat.
Susulan itu, Datuk Zuraida Kamaruddin semasa memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2019 memberitahu, bangunan terbiar itu akan dirobohkan.
Zuraida mencadangkan tapak itu dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.
Sementara itu, Ani menerusi mesyuarat penuh bulanan MPAJ yang diadakan baru-baru ini memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu akan mengeluarkan notis kepada pemilik hartanah terbabit untuk merobohkan struktur tersebut.
Ani berkata, notis itu akan dihantar kepada Highland Properties Sdn Bhd sebagai pemilik tapak dan Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai penyelesai syarikat.
Katanya, sekiranya syarikat gagal mengambil tindakan (merobohkan), MPAJ akan memulakan proses mendapatkan perintah mahkamah untuk menjalankan perobohan.
Ujarnya, perobohan dijangka selepas Ogos jika tiada sebarang bantahan di mahkamah dan kos perobohan itu anggarkan antara RM6 juta ke RM7 juta. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024
Keadaan dua blok terbiar Highland Towers. -Foto FB MPAJ
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN
MPAJ telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.