awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara

Roboh replika buku atas faktor keselamatan - DBP

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2019
23:49 MYT
Roboh replika buku atas faktor keselamatan - DBP
Kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan. -Foto Wikipedia
Kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.
“Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.
“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan.
DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019.
Terdahulu, tular di media sosial kenyataan yang mendakwa replika berbentuk seakan rehal itu dirobohkan kerana ia melambangkan imej Islam.
Topic Berkaitan
#Bahagian Komunikasi Korporat DBP
#bumbung menara DBP
#DBP
#Dewan Bahasa dan Pustaka
#faktor keselamatan
#rehal
#replika buku
#struktur tidak selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.