awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodziah tuntut permohonan maaf dari portal berita kerana 'mengaibkan dirinya'

Haider Yutim
Haider Yutim
19/08/2014
05:27 MYT
Rodziah tuntut permohonan maaf dari portal berita kerana 'mengaibkan dirinya'
Rodziah mahu permohonan maaf dibuat dalam masa 24 jam. Gambar fail
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail hari ini menuntut seorang penulis dari portal Malaysia Gazette supaya meminta maaf atas tulisan yang disifatkannya 'berunsur fitnah'.
Katanya tulisan bertajuk 'Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR' yang diterbitkan pada 18 Ogos 2014 adalah 'dusta semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah' serta 'sengaja mengaibkan dirinya'.
Beliau menuntut supaya penulis itu termasuk Malaysia Gazette, mengemukakan permohonan maaf itu secara bertulis kepadanya di laman hadapan portal tersebut, termasuk di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam.
"Saya akan meneruskan tindakan undang-undang, termasuklah tindakan undang-undang jenayah, jika pihak MalaysiaGazette dan Hamdan Othman gagal berbuat demikian," tegas Rodziah dalam " katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Rodziah dalam sebuah artikel yang diterbitkan Malaysia Gazette pada Isnin, telah memetik dakwaan dari sumber yang dikatakan rapat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bahawa Rodziah "akhirnya berjaya ditundukkan dengan beberapa tawaran menarik daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)".
Rodziah pada 14 Ogos telah meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sebagai tanda akur dengan keputusan yang dibuat oleh PKR.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor itu berkata beliau akur dengan keputusan partinya kerana mahu memelihara mandat dan menunaikan amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor
Sebelum ini, Rodziah dikekalkan dalam barisan exco pentadbiran Abdul Khalid di Selangor semasa Adun Pelabuhan Klang itu mengumumkan pemecatan lima exco PKR dan DAP pada 12 Ogos lalu.
Rodziah menjelaskan, ketika Abdul Khalid memecat lima exco kerajaan Selangor itu, beliau berada di Bangkok menghadiri kursus politik mewakIli PKR.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#ADUN
#Batu Tiga
#Malaysia Gazette
#Rodziah Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan