Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol suami terhadap isteri atau marital rape, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Menurut beliau, persetubuhan oleh seorang suami terhadap isteri dalam ikatan perkahwinan yang sah tidak boleh dianggap sebagai rogol.
Katanya, berdasarkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan berkaitan rogol dalam perkahwinan, peruntukan undang-undang yang sedia masih kekal.
Menurutnya, dari penelitian yang dibuat semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 pada 12 Julai 2006 lalu, kerajaan memutuskan untuk tidak meminda Kanun Keseksaan berkenaan.
“Berdasarkan kajian dan dapatan yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa PIlihan Khas tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan peruntukan yang berkaitan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan antara suami dan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuat kuasa tidak boleh dianggap sebagai rogol.
“Sehingga hari ini, belum ada cadangan untuk memindanya lagi,” kata Nancy menjaga portfolio undang-undang dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan dari Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan berniat untuk meminda Kanun Keseksaan untuk mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri.
Bagaimanapun, menurut Nancy, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isterinya bagi tujuan mengadakan hubungan seks dengan isterinya telah dijadikan satu kesalahan.
Jelas beliau, kesalahan itu tertakluk di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa mulai 7 September 2007 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan.
Haider Yutim
Wed Jun 10 2015
Bagaimanapun Nancy berkata, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isterinya bagi tujuan mengadakan hubungan seks dengan isterinya telah dijadikan satu kesalahan.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta
Akram Afif mendedikasikan kejayaan The Maroons mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 kepada isterinya.
Selepas Umarul dibenar keluar, isteri pula dirawat di hospital
Selepas beberapa hari menerima rawatan akibat sesak nafas di Hospital Kajang, gitaris kumpulan IKLIM Umarul Mahdzar Embong akhirnya dibenarkan keluar pada Khamis.
Isteri Tun Daim, dua anak beri keterangan di SPRM
Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suami sangkakan perempuan, rupa-rupanya...
Pendedahan itu yang dibuat kira-kira dua tahun selepas pasangan berkenaan melayari alam rumah tangga.
24 Mei pengurusan kes nusyuz Musa Hassan, isteri
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes permohonan nusyuz Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil.
Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya
Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya, telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Polis sahkan buka kertas siasatan kes Musa Hassan, isteri - Ketua Polis KL
Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial.
Polis sudah ambil keterangan isteri pelakon dakwa ditumbuk
Mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan, pada Sabtu.
Isteri, madu jurulatih terkenal bergaduh di restoran
Dua isteri bekas pemain bola sepak terkenal negara 90-an dan kini jurulatih dilaporkan bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam.
Jangan bertindak atas rasa tertarik, antara strategi elak berlaku curang
Terdapat strategi yang anda dan pasangan boleh amalkan untuk mengelakkan perselingkuhan.