awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol dan amang seksual terhadap cucu, warga emas dipenjara 10 tahun, 14 sebatan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
30/05/2023
10:38 MYT
Rogol dan amang seksual terhadap cucu, warga emas dipenjara 10 tahun, 14 sebatan
Tertuduh sewaktu dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dihukum penjara 10 tahun dan 14 sebatan atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua cucu tirinya.
Hukuman itu diputuskan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berusia 68 tahun didakwa merogol mangsa yang berusia tujuh tahun 11 bulan ketika kejadian.
Kesalahan itu dilakukan pada Oktober 2022 di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu antara jam 2 petang hingga 7 malam.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan adik perempuannya yang berusia enam tahun lima bulan ketika kejadian.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang dibaca bersama seksyen 16 (1) akta sama.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan dua berjalan serentak.
Manakala hukuman penjara bagi pertuduhan ketiga bermula sejurus selesai menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama satu tahun mengikut Seksyen 27 AKSTKK 2017 sejurus selesai menjalani hukuman penjara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Asaari Salleh.
Topic Berkaitan
#rogol cucu
#warga emas dipenjara
#amang seksual
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan