awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2024
06:00 MYT
Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun
Tertuduh dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya.
SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.
Tertuduh, Amran Yap, 24, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang remaja perempuan yang waktu itu berusia 14 tahun satu bulan.
Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh pada 14 dan 15 Oktober lalu antara jam 7 malam hingga 10 pagi di sebuah pondok di Ulu Beranang, Lenggeng, Nilai.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling minimum selain memaklumkan itu adalah kesalahan pertamanya dan masih menanggung kedua ibu bapanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balqis Zunaidi memohon hukuman yang setimpal kerana percaya kepentingan mangsa lebih penting daripada tertuduh selain mengambil kira juga kekerapan kes seksual terhadap kanak-kanak.
Sementara itu, berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah ke rumah tertuduh dengan alasan tertuduh mahu membawa mangsa berjumpa ibunya, namun ibunya tiada di rumah sebelum mangsa dirogol sebanyak tiga kali. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rogol
#remaja bawah umur
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan