awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
06/09/2023
08:32 MYT
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Rohto Eye Care juga berharap kempen yang dijalankan ini membantu lebih ramai murid-murid meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata. - Foto Rohto Eye Care
KUALA LUMPUR: Mata adalah organ badan yang sangat berharga serta perlu dijaga setiap masa dan menjaga kesihatan mata amat penting.
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Kepentingan penjagaan kesihatan mata perlu dipupuk sejak dari kecil bermula dari kanak-kanak di alam persekolahan.
Menyedari hakikat pentingnya penjagaan kesihatan mata terutama kepada kanak-kanak, Rohto Eye Care Malaysia dengan kerjasama Pintar Foundation, Watsons dan Focus Point telah menjalankan kempen The Joy of Seeing.
Menurut Pengurus Jenama Rohto Eye Care Malaysia, Evonne Lai, matlamat kempen tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan kesihatan mata.
"Objektif kempen The Joy of Seeing dari Rohto Eye Care adalah untuk mempromosikan kesihatan mata dan meningkatkan kesejahteraan golongan pelajar B40.
“Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan kesihatan mata yang mungkin boleh menjejaskan proses pembelajaran mereka," katanya kepada Astro AWANI.
Rohto Eye Care juga berharap kempen yang dijalankan ini membantu lebih ramai murid-murid meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata. - gambar ihsan Rohto Eye Care
Rohto Eye Care juga berharap kempen yang dijalankan ini membantu lebih ramai murid-murid meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata. - gambar ihsan Rohto Eye Care
Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Abd Rahman Md Nor, apa yang dilakukan oleh Rohto Eye Care merupakan satu usaha murni membantu anak-anak golongan B40.
Abd Rahman juga berharap usaha murni ini dapat dikembangkan lagi ke seluruh negara dan turut melibatkan pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi (IPT).
"Harapan saya semoga CSR (tanggungjawab sosial korporat) sebegini, pihak Rohto Eye Care boleh kembangkan lagi sumbangan ini kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia.
“Sumbangan ini boleh juga untuk anak-anak di sekolah menengah dan IPT.
“Semoga sumbangan sebegini memberi manfaat kepada pembelajaran anak-anak," ujarnya.
Menerusi kempen ini, Rohto Eye Care bukan hanya menjalankan pemeriksaan mata tetapi turut menyumbangkan cermin mata percuma kepada murid-murid dari golongan B40.
Rohto Eye Care juga berharap kempen yang dijalankan ini membantu lebih ramai murid-murid meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata.
Evonne menjelaskan, dengan mata yang sihat, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri dan mencapai masa depan yang lebih cerah.
Topic Berkaitan
#kesihatan mata
#Joy Of Seeing
#Rohto Eye Care
#B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan