KUALA LUMPUR: Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata sementara itu, sebanyak 35 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala 29 kawasan merekodkan status kualiti udara pada tahap sederhana.
Sementara itu, katanya letusan semula Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara pada 30 April lepas tidak menjejaskan kualiti udara di Malaysia dengan asap debu letusan tidak memberi kesan ketara kepada bacaan IPU stesen-stesen pengawasan kualiti udara di Malaysia.
"Tiada peningkatan bacaan pencemar pepejal terampai (PM2.5 dan PM10), Sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Ozon (O3) dan Karbon Monoksida (CO) yang berpunca daripada asap debu letusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Abdul Latiff berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan bacaan IPU terkini setiap jam boleh dirujuk di laman web JAS melalui alamat url, http://apims.doe.gov.my/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU menerusi Google Play.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Stesen Rompin, Pahang mencatatkan IPU tidak sihat disebabkan kebakaran setempat. - Gambar hiasan
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Jerebu tidak begitu serius tahun ini - Indonesia
Indonesia memberi jaminan bahawa tindakan drastik sedang diambil untuk mencegah kebakaran hutan di negara itu.