awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RON97 naik 10 sen, harga RON95 dan diesel tidak berubah

Bernama
Bernama
13/10/2021
10:42 MYT
RON97 naik 10 sen, harga RON95 dan diesel tidak berubah
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 hingga 20 Okt. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen seliter kepada RM2.87 mulai esok (14 Okt) hingga 20 Okt, menurut Kementerian Kewangan hari ini.
Dalam kenyataan hari ini kementerian itu memaklumkan bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 hingga 20 Okt.
Menurut kementerian itu ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran APM bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling semasa," menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#RON97
#diesel
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan