SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.
Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, pindaan perlembagaan parti tersebut boleh dijalankan bermula Isnin.
Menurut Ahli Parlimen Machang itu, langkah seterusnya ialah mengosongkan kerusi mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) peringkat Parlimen.
“Alhamdulillah RoS telah lulus permohonan pindaan ini yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, Bersatu dilaporkan meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.
Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 02 2024
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, pindaan perlembagaan parti tersebut boleh dijalankan bermula Isnin.
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jawatankuasa Penaja tidak selesaikan permohonan pendaftaran Pejuang sepenuhnya - JPPM
Semakan rekod sehingga 29 Oktober mendapati, permohonan Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan Sistem eROSES.
MyPPP akan kemuka rayuan - Kayveas
MyPPP yang berdepan pembatalan pendaftaran parti oleh RoS akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.
Selesaikah kemelut MIC selepas pemilihan parti?
Akhbar-akhbar Tamil yang menyiarkan berita mengenai pemilihan MIC kali ini didapati kurang menarik perhatian kaum India malah tidak mencetuskan keghairahan dikalangan masyarakat India.
MIC mampu keluar daripada kekusutan kemelut politik - Periasamy
Huru-hara yang tercetus di luar Ibu Pejabat MIC sebaik sahaja pintu pagar ibu pejabat MIC ditutup bagi menguruskan pencalonan Presiden MIC baharu baru-baru ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Palanivel dakwa surat RoS dipetik di luar konteks
Datuk Seri G. Palanivel tetap bertegas bahawa beliau masih Presiden MIC, dan berkata surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menyatakan beliau bukan lagi anggota parti telah dipetik di luar konteks.
"Tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan Palanivel"- Saravanan
Datuk Seri G.Palanivel perlu akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan berhenti daripada terus mencetuskan kekeliruan dalam parti.
Pemilihan MIC peringkat cawangan bermula bulan depan - Subramaniam
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata parti itu akan memberi tumpuan terhadap pemilihan semula, seperti yang dicadangkan oleh RoS.
PDRM dan universiti jalin kerjasama bendung penglibatan penuntut dalam IS - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti awam dan swasta melakukan pemantauan bagi membendung penuntut menyertai IS.
Dr Subramaniam nafi mesej Whatsapp berhubung debat krisis MIC
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menafikan mesej tersebar melalui aplikasi sosial WhatsApp bahawa beliau akan berdebat dengan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.
MIC lwn RoS: Jumaat ini mahkamah putuskan permohonan kebenaran
Sekiranya mahkamah membenarkan bantahan itu, ia tidak akan mendengar dua permohonan bagi kebenaran itu.