awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosakkan pagar rumah: Dua lelaki didenda RM4,000

Bernama
Bernama
20/12/2022
09:29 MYT
Rosakkan pagar rumah: Dua lelaki didenda RM4,000
Majistret Azlan Basri turut memerintah Chua Kean Seng, 57, dan Junazry Abdul Hamid, 44, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Dua lelaki, masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan pagar sebuah rumah, Julai lepas.
Majistret Azlan Basri turut memerintah Chua Kean Seng, 57, dan Junazry Abdul Hamid, 44, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan merosakan harta rumah iaitu pagar rumah pengadu Ong Hsing Li, pada 1 tengah hari di Jalan Pantai Molek, Tanjung Tokong 17 Julai lepas.
Bagi kesalahan itu, kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, peguam kedua-dua tertuduh Khairul Fairuz Rahman merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum, kerana tertuduh sudah insaf dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil.
Tertuduh membayar denda tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rosakkan pagar
#kes mahkamah
#hukuman denda
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan