PENERBIT dan jurutera bunyi tersohor Roslan Aziz yang sebelum ini dilaporkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah tahap empat dikatakan telah bebas dari penyakit tersebut.
Sumber yang rapat dengan keluarga Roslan mendedahkan kepada Astro AWANI, hasil ujian Pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) mendapati kesan kanser telah tiada.
"Setakat ini tidak ada kesan kanser hasil dari CT scan. Alhamdulillah," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
Sebelum ini, Roslan mendedahkan doktor menjangkakan tempoh hayatnya cuma akan bertahan sehingga enam bulan sahaja, iaitu Jun lalu.
Roslan, 60, merupakan pengasas dan penggerak label Roslan Aziz Productions (RAP) yang pernah menaungi beberapa artis seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainal Abidin serta lain-lain pada awal 1990-an.
Dalam dunia rakaman, selain seorang penerbit, Roslan sangat dikenali sebagai jurutera adunan yang sangat teliti dan menghasilkan bunyi yang berkualiti hingga pernah menerima anugerah dari Quincy Jones.
Roslan juga mempunyai sebuah kumpulan bersama komposer Mukhlis Nor yang dikenali sebagai Ali.
Menerusi dua perkahwinannya, Roslan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
Astro Awani
Tue Aug 02 2022
Sebelum ini, Roslan mendedahkan doktor menjangkakan tempoh hayatnya cuma akan bertahan sehingga enam bulan sahaja, iaitu Jun lalu. - Foto Astro AWANI
14 kontena di Pelabuhan Barat terbakar
Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar.
Wartawan hiburan veteran, Huzz, meninggal dunia pada usia 58 tahun
Wartawan hiburan veteran yang berkhidmat di kemuncak kerjaya sekitar tahun 80-an hingga 90-an, Kamal Huzaini Kamaluddin, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang, Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (08 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes cabul: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan
MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.
Majlis Menteri D-8 seru gencatan senjata segera, kekal, tanpa syarat di Gaza
Negara-negara D-8 mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza serta di Tebing Barat.
Kerajaan komited pastikan kebajikan veteran seni tanah air terjaga - Fahmi
Fahmi berkata beberapa perancangan bagi menyantuni artis-artis veteran sedang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.
Tumpuan Ahad – 09 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dzulkefly
Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
Roslan Aziz dilaporkan pulih dari kanser
Sumber yang rapat dengan keluarga Roslan memberitahu Astro AWANI, hasil ujian Pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) mendapati kesan kanser telah tiada.