awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan

Bernama
Bernama
08/06/2024
15:16 MYT
MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Barisan Nasional Kelantan 2024, hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.

Ringkasan AI
  • MCA Kelantan akan diberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan tambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.
  • Pada pilihan raya negeri lepas, MCA tidak diberi kerusi dan hanya Pakatan Harapan serta BN yang bertanding.
  • Langkah ini diambil untuk memperkemaskan struktur organisasi Kerajaan Perpaduan di Kelantan bagi memastikan parti menguasai kerajaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pada pilihan raya negeri yang lepas, tiada kerusi diperuntukkan kepada MCA dan hanya Pakatan Harapan dan BN yang bertanding.
"Soal kalah menang itu cerita kedua tetapi konsep kebersamaan BN secara tradisinya MCA selalu diberi kerusi di peringkat negeri.
"Langkah memperkemaskan struktur organisasi Kerajaan Perpaduan di Kelantan ini bagi memastikan supaya parti menguasai kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis resolusi Konvensyen BN 2024 di sini hari ini.
Terdahulu Ahmad Jazlan menerima resolusi berkenaan daripada Pengerusi Konvensyen Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCA Kelantan
#PRU16
#kerusi DUN
#Ahmad Jazlan Yaakub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan