awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roslan Aziz dilaporkan pulih dari kanser

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2022
12:30 MYT
Roslan Aziz dilaporkan pulih dari kanser
Sebelum ini, Roslan mendedahkan doktor menjangkakan tempoh hayatnya cuma akan bertahan sehingga enam bulan sahaja, iaitu Jun lalu. - Foto Astro AWANI
PENERBIT dan jurutera bunyi tersohor Roslan Aziz yang sebelum ini dilaporkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah tahap empat dikatakan telah bebas dari penyakit tersebut.
Sumber yang rapat dengan keluarga Roslan mendedahkan kepada Astro AWANI, hasil ujian Pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) mendapati kesan kanser telah tiada.
"Setakat ini tidak ada kesan kanser hasil dari CT scan. Alhamdulillah," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI, baru-baru ini.
Sebelum ini, Roslan mendedahkan doktor menjangkakan tempoh hayatnya cuma akan bertahan sehingga enam bulan sahaja, iaitu Jun lalu.
Roslan, 60, merupakan pengasas dan penggerak label Roslan Aziz Productions (RAP) yang pernah menaungi beberapa artis seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainal Abidin serta lain-lain pada awal 1990-an.
Dalam dunia rakaman, selain seorang penerbit, Roslan sangat dikenali sebagai jurutera adunan yang sangat teliti dan menghasilkan bunyi yang berkualiti hingga pernah menerima anugerah dari Quincy Jones.
Roslan juga mempunyai sebuah kumpulan bersama komposer Mukhlis Nor yang dikenali sebagai Ali.
Menerusi dua perkahwinannya, Roslan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
Topic Berkaitan
#Roslan Aziz hidap kanser
#sheila majid
#Zainal Abidin
#Roslan Aziz Productions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan