KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan terdapat 127 alasan mengapa Mahkamah Rayuan Putrajaya perlu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta yang dikenakan ke atasnya berhubung kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Rosmah berkata demikian menerusi surat petisyen rayuan setebal 93 muka surat yang difailkan pada Khamis, menerusi firma guaman Akberdin & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan.
Dalam petisyen tersebut, Rosmah menegaskan bahawa antara alasan yang dibangkitkan ialah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan pada 1 September lalu adalah berat sebelah.
Menurutnya, keputusan itu tidak berlandaskan pertimbangan yang betul serta tidak berturutan dengan prinsip undang-undang.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, mustahil bagi hakim merumuskan bahawa pembelaan peguam yang mewakilinya adalah bersifat penafian kosong semata-mata.
“Sedangkan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie mengenai wang RM1.5 juta yang kononnya diletakkan dalam dua beg galas.
“Malah butler yang kononnya mengangkat dua beg galas berjalur oren itu tidak dipanggil memberikan keterangan di mahkamah yang seterusnya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya.
Selain isu wang RM1.5 juta, Rosmah turut mengatakan pendakwaan gagal membuktikan beliau telah menerima dua beg bagasi berisi RM5 juta daripada saksi pendakwaan ke-21 (SP-21) di Seri Perdana.
SP-21 ialah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri yang dikatakan sebagai pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor (ketika itu).
Rosmah berkata, wujud keraguan munasabah apabila buku log yang mencatatkan kehadiran tetamu di Seri Perdana tidak dijadikan keterangan di mahkamah.
Anggota Polis Unit Tindakan khas (UTK) yang menaiki kereta yang dikatakan membawa wang RM5 juta dalam dua bagasi katanya, gagal dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
“Keputusan hakim dengan menyatakan, ‘ia adalah tidak material sama ada beg itu diserahkan kepada saya secara fizikal’, telah menunjukkan beliau tidak mengikut kehendak undang-undang yang matan.
“Sedangkan pendakwaan perlu membuktikan elemen serahan dan penerimaan fizikal kerana ia adalah wang tunai,” katanya.
Rosmah berkata, Mohamed Zaini terkhilaf dan tersalah arah dari segi undang-undang dan fakta apabila memerintahkannya membela diri serta gagal memberikan alasan ketika memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Ini kerana katanya, pendakwaan gagal membuktikan elemen dalam tiga tuduhan terbabit sekaligus menunjukkan bahawa beliau sepatutnya dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Pada 1 September lalu, ketika keputusan di akhir kes pembelaan, Mohamed Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Menurut hakim itu, pembelaan Rosmah gagal untuk menyangkal anggapan rasuah selepas menjalankan penilaian maksimum semua keterangan oleh tertuduh dan pihak pendakwaan pada akhir perbicaraan.
Susulan keputusan tersebut, Rosmah menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan tersebut.
Beliau memohon agar semua pihak mengasihaninya, kerana beliau tidak pernah mengambil wang walau satu sen.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 14 2022

Rosmah menegaskan bahawa antara alasan yang dibangkitkan ialah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan pada 1 September lalu adalah berat sebelah. - Gambar fail/BERNAMA

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Gopal Sri Ram dilapor masuk ICU
Memetik laporan New Straits Times, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu dipercayai sedang mendapatkan rawatan akibat jangkitan paru-paru.

Peniaga lepas tanpa bebas buat hantaran komunikasi jelik terhadap Najib, Rosmah
Seorang peniaga dilepaskan tanpa dibebaskan atas pertuduhan membuat serta menghantar komunikasi jelik terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Rayuan kes rasuah hibrid solar Rosmah dijadualkan semula 11 Julai
Pendengaran rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah di Sarawak dijadualkan semula.

Rayuan Rosmah mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri, didengar 17 Mac
Dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya akan didengar pada 17 Mac 2023.

Prosiding rayuan Rosmah kes rasuah solar hibrid Jun depan
Pendengaran rayuan Rosmah terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah ditetapkan pada 22 dan 23 Jun 2023.

Mesyuarat MKT di Menara Dato' Onn, kelibat Rosmah turut kelihatan
Pascapembentukan Kabinet, Menara Dato' Onn kembali menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung malam ini.

Mahkamah Rayuan tetap 18 Mei 2023 dengar permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram
Mahkamah Rayuan telah menetapkan 18 Mei 2023 untuk mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung semakan kehakiman beliau bagi mencabar pelantikan seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah bermula 12 Mei 2023
Pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.

AGC tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi serah semula barangan mewah Najib, Rosmah
Jabatan Peguam Negara tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memulangkan barangan mewah milik Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Hakim ingatkan peguam beri keutamaan kes pengubahan wang haram dihadapi Rosmah
Keutamaan itu harus diberikan memandangkan kes tersebut telah mengambil masa lama sejak 2018.