KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi gagal dalam permohonannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kesnya berkaitan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.
Ini adalah kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan selepas Mohamed Zaini, yang juga merupakan hakim bagi kes hibrid solar melibatkan Rosmah, menolak permohonan Rosmah yang dibuat pada 14 Dis, bagi beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Hakim Mohamed Zaini dalam menolak permohonan Rosmah itu berkata permohonan kedua ini adalah berdasarkan kepada asas yang sama dengan permohonan pertama, iaitu beliau juga merupakan hakim yang membicarkan kes perbicaraan hibrid solar Rosmah.
Hakim itu berkata bagaimanapun pemohon (Rosmah), kini telah memohon untuk memasukkan dua lagi kes yang beliau kendalikan iaitu kes pelucuthakan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di mana pemohon adalah salah seorang responden dan kes audit 1MDB.
"Apa yang pemohon lakukan dengan memasukkan dua kes tambahan itu, hanya menambahkan 'warna' pada permohonannya. Bagaimanapun pada asasnya sama seperti alasan yang dikemukakan pada permohonan pertama, kerana ia berkaitan kepda penglibatan dan keputusan yang saya buat dalam kes-kes ini.
"Saya perlu tambah bahawa saya bingung apabila pemohon telah menyebut kes pelucuthakan 1MDB dan kes audit 1MDB dalam permohonannya. Dalam kes pelucuthakan 1MDB, saya telah menolak permohonan pendakwaan untuk melucuthakan harta miliknya.
"Kes audit 1MDB sebaliknya tidak berkaitan dengan pemohon langsung. Saya berpandangan bahawa pemohon perlu dihentikan daripada mengemukakan permohohanan lagi untuk penarikan diri hakim. Doktrin 'res judicata' terpakai dalam permohonan kedua ini," katanya.
Mohd Zaini berkata hujah-hujah awal yang telah dikemukakan oleh pemohon dalam kes pelucuthakan 1MDB dan kes audit 1MDB boleh dilihat semula dalam permohonan pertama, kerana ia berada dalam pengetahuan pemohon pada ketika pmohonan pertama dibuat.
"Kepentingan awam menuntut bahawa mesti ada penamat kepada litigasi, dan pihak-pihak berkenaan tidak seharusnya dibenarkan untuk membuat litigasi terhadap isu yang sama berulang kali. Maka dengan ini permohonan pemohon adalah ditolak," katanya.
Bagaimanapun Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan peguam Rosmah Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk menangguhkan perbicaraan kes pengubahan wang haram, yang pada asalnya telah ditetapkan pada Rabu (27 April), sementara menunggu penyelesaian rayuan Rosmah mengenai keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.
"Dengan ini perbicaraan ditangguhkan," kata hakim itu selepas pihak pendakwaan tidak menolak permohonan untuk penangguhan itu.
Rayuan Rosmah berhubung permohonan pertama masih lagi belum dibacarakan di Mahkamah Rayuan. Kes rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Mei.
Sementara itu Hakim Mohamed Zaini juga menetapkan 24 Mei untuk sebut semula kes permohonan Rosmah untuk melucutkan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persektuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes pengubahan wang haramnya.
Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Hakim Mohamed Zaini dalam menolak permohonan Rosmah itu berkata, permohonan kedua ini adalah berdasarkan kepada asas yang sama dengan permohonan pertama. - Gambar fail/Bernama

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Rosmah sekali lagi cabar pelantikan Sri Ram, mohon perbicaraan kes rasuah terbatal
Sebelum ini isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah menfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Rosmah tarik balik tuntut rantai tangan berlian AS$220,500
Datin Seri Rosmah Mansor menarik balik tuntutannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai AS$220,500.

Ahli perniagaan gagal kembalikan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga yang lain
J.R Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Najib dan Rosmah.

Rosmah gagal batalkan kes rasuah, gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak.

Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.

Rosmah bebas atau bersalah diketahui 7 Julai
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.