Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor merayu supaya Konstabel Zakia Aleip yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul Sabtu lepas, dikembalikan kepada keluarganya.
"Saya sebagai ibu dan isteri memahami perasaan isteri Zakia. Saya merayu kepada kumpulan penculik itu ingatlah konstabel tersebut mempunyai anak dan isteri.
"Jangan sebab hendak kepuasan diri sampai sanggup melakukan penculikan tersebut," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga dan waris Perwira Negara Lahad Datu, kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas dan keluarga anggota tentera di sini, Selasa.
Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) meminta isteri Zakia serta rakyat Malaysia supaya terus mendoakan anggota polis itu dapat pulang dengan selamat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.
Insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul di Semporna, Sabah Sabtu malam lepas mengorbankan anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, manakala rakan setugasnya Zakia, 26, dilarikan.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Zakia ada menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson pada Ahad malam memaklumkan beliau masih hidup dan kini berada bersama beberapa orang.
Pada majlis itu, Biro Kebajikan Umno dan Bakti menyampaikan sumbangan berjumlah RM290,000 kepada 39 orang termasuk balu, waris serta anggota polis dan tentera yang cedera.
Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata masing-masing menerima sumbangan antara RM5,000 sehingga RM20,000 manakala balu mangsa serang hendap di Pulau Mabul serta dua balu insiden kereta perisai terbalik di Kuala Kangsar, Perak masing-masing menerima RM20,000.
Sementara itu ketika diminta mengulas pertemuan beliau dan Rosmah dengan waris kru MH370 selepas majlis itu, Abdul Azeez berkata mereka meminta dua perkara, pertama supaya bantuan kewangan diberikan tidak diumumkan untuk mengelakkan keselamatan tergugat.
Perkara kedua adalah supaya semua filem tentang insiden kehilangan pesawat MH370 tidak ditayangkan kerana ia akan menyentuh sensitiviti waris kru kerana perkara sebenar yang berlaku pada pesawat itu masih tidak diketahui, katanya.
Abdul Azeez berkata Biro Kebajikan Umno juga telah mewujudkan jawatankuasa kecil untuk membantu waris kru MH370 dari segi guaman, kebajikan dan pendidikan anak-anak mereka.
"Jawatankuasa itu turut membantu kebajikan balu dan keluarga perwira insiden Lahad Datu walaupun kita mengetahui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak putus membantu mereka," katanya.
Bernama
Wed Jul 16 2014
ROSMAH: Jangan sebab hendak kepuasan diri sampai sanggup melakukan penculikan tersebut.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Aktiviti pelancongan di Semporna kembali pulih - Shafie Apdal
Aktiviti pelancongan di Semporna semakin pulih berikutan kawalan keselamatan yang dijalankan oleh ESSCom.
Zakia Aleip masih hidup dan selamat - Ketua Polis Negara
Zakia telah menghubungi isteri, ibunya dan ketua namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut kerana ia boleh mengancam nyawa mangsa.
Rosmah rayu penculik kembalikan Zakia Aleip kepada keluarga
Menurutnya, beliau sebagai ibu dan isteri memahami perasaan isteri Zakia.
Jenazah Korporal Ab Rajah selamat dikebumikan
Jenazah dibawa dari bilik mayat Hospital Tawau pada lewat malam tadi ke rumahnya dan disembahyangkan pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bubul Batu.
"Jaga anak kita baik-baik" pesan anggota polis yang terkorban di Pulau Mabul
"Jaga anak kita baik-baik," itu antara pesanan terakhir anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, yang terbunuh dalam serangan hendap di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul.
Mabul: Dendam dan marah dengan ESSCOM, punca serangan - Ahmad Zahid
Insiden serangan hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin malam tadi, dipercayai bermotifkan dendam dan marah.
Kes bunuh dan culik: Pelancongan di Pulau Mabul tidak terjejas
Kejadian kes pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom Pom, Semporna Sabah Jumaat lalu tidak menjejaskan pelancongan di Pulau Mabul.
Sambutan penyu laut Mabul pupuk kesedaran masyarakat
Hidupan laut, penyu diraikan dalam satu Program Sambutan Penyu Laut yang diadakan di Mabul, Sabah pada 18 hingga 21 November.