KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa beliau sanggup ‘mengorbankan diri’ terhadap serangan media sosial demi melindungi suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu sebagai Perdana Menteri.
Rosmah, 70, berkata demikian pada hari ketiga prosiding bela diri bagi tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) ad-hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram, Rosmah berkata, beliau sanggup bertindak sedemikian kerana sedar akan peranannya selaku isteri seorang ahli politik tersohor, lapor Sinar Harian.
“Datuk Sri Ram, suami saya seorang yang baik, selalu pujuk saya setiap kali saya ‘diserang’ di media sosial.
“Suami saya cakap ‘Mah, mereka bukan mahu serang awak, segala kritikan sebenarnya ditujukan kepada saya (Najib). Mereka guna awak sebagai 'soft target' (serangan secara halus) di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Rosmah mengulangi pendirian bahawa pihak pendakwaan bersekongkol dengan Datuk Rizal Mansor untuk mengenakannya.
Sri Ram: Dalam pernyataan saksi, Datin Seri beritahu mahkamah bahawa wujud konspirasi antara pasukan pendakwaan dengan saksi pendakwaan ke-21, Datuk Rizal Mansor?
Rosmah: Ya.
Sri Ram: Datin Seri cakap keterangan saksi itu adalah bohong?
Rosmah: Ya.
Sri Ram: Datin Seri kenal semua timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes ini?
Rosmah: Tidak
Sri Ram: Kenal Ahmad Akram Gharib, Mustafa P Kunyalam, Nadia Mohd Izhar dan Poh Yih Tinn?
Rosmah: Saya pernah dengar nama mereka, tetapi saya tidak kenal.
Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid.
BACA: Rosmah menangis semasa beri keterangan, kata pendakwaan ke atasnya zalim
Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Prosiding bersambung 21 Oktober ini.
Artikel asal disiar di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Oct 07 2021
Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis bagi memberi keterangan dalam prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah. - Gambar BERNAMA
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, terhadapnya akan didengar pada 29 Mei.
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac ini
Ia berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dakwa pertuduhan pengubahan wang haram bertindih, tidak dapat perbicaraan adil
Rosmah berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.
Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak halang pendakwaan terhadap Rosmah - Pendakwaan
Tiada peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.