awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah sekali lagi mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura

Bernama
Bernama
14/06/2023
06:00 MYT
Rosmah sekali lagi mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura
Rosmah memfailkan notis usul itu pada 2 Jun lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co, bagi membolehkannya ke luar negara selama empat minggu bermula 6 Jun sehingga 7 Julai depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan pelepasan sementara pasportnya untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd Najib dan keluarganya di Singapura.
Rosmah memfailkan notis usul itu pada 2 Jun lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co, bagi membolehkannya ke luar negara selama empat minggu bermula 6 Jun sehingga 7 Julai depan.
Dalam notis itu, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk melawat anak perempuan sulung beliau yang kini menetap di Singapura selepas berkahwin dengan lelaki warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev.
Mahkamah sebelum ini membenarkan Rosmah untuk mendapatkan pelepasan sementara pasportnya pada 15 Okt 2021 untuk melawat Nooryana yang dijangka melahirkan anak kedua di Singapura serta melawat seorang daripada cucunya yang tidak sihat pada 21 Mac lepas.
"Saya dengan rendah diri memohon mahkamah membenarkan pasport antarabangsa saya diambil sementara untuk membolehkan saya menggunakannya bagi melawat anak perempuan saya dan keluarganya di Singapura," kata Rosmah dalam afidavit sokongannya.
Menurut Rosmah, beliau beraku janji akan menyerahkan kembali pasport itu kepada mahkamah dengan kadar segera atau selewat-lewatnya seminggu selepas pulang dari Singapura.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi, mengesahkan pemfailan permohonan itu dan memaklumkan permohonan akan didengar esok di Mahkamah Rayuan.
Pada 1 Sept 2022, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. Rayuan itu akan didengar selama empat hari bermula 11 Julai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#pasport
#Singapura
#melawat anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan