SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya, Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Dis 2023.
Surat lantikan sebagai Duta Keusahawanan PKNS itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat) PKNS, Suhaimi Kasdon di Bangunan Ibu Pejabat PKNS, di sini, hari ini.
Suhaimi berkata, pemilihan pelakon itu bukan sahaja kerana namanya yang besar dalam industri hiburan tetapi juga kerana pengalaman luas beliau selama hampir 20 tahun dalam bidang keusahawanan sebagai penerbit filem agro serta peruncitan.
"Pelantikan beliau sebagai jurucakap dilihat mampu memberi impak yang lebih baik bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) kepada usahawan di seluruh negara khususnya di Selangor.
"Memandangkan penggunaan media sosial sangat aktif dalam kalangan masyarakat kini, peranan duta keusahawanan ini menjadi penarik khalayak kepada pengikut beliau, di samping membuat hebahan mengenai program-program anjuran BPU menerusi platform hebahan sedia ada iaitu surat khabar, radio, risalah, taklimat fizikal malah di semua peringkat platform digital," katanya dalam majlis penyerahan surat lantikan itu hari ini.
Suhaimi berkata, pelantikan duta tersebut juga sebagai simbolik bagi pihak PKNS menerusi BPU untuk terus merangka aktiviti untuk usahawan seluruh negara, bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.
"Pelbagai program baharu bakal dirangka di samping penambahbaikan program sedia ada bagi tujuan memastikan kesemua inisiatif yang dilaksanakan mampu memenuhi kehendak usahawan pada masa kini, demi mewujudkan masyarakat yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan," katanya.
Sementara itu, Rosyam Nor menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak PKNS atas kesudian melantiknya sebagai duta dan akan berusaha bersama perbadanan itu dalam memainkan peranan penting untuk mewujudkan ekosistem keusahawan yang holistik dan lestari dalam pembangunan sektor keusahawanan khususnya di Selangor.
"Dengan pelantikan saya mereka boleh menjadikan saya sebagai contoh kerana saya juga berasal daripada bukan keluarga yang senang, tetapi melangkah sebagai seorang usahawan bermula sebagai seorang pelakon.
"Saya harap pengalaman saya ini akan menjadi titik tolak kepada usahawan PKNS serta yang lain di luar sana untuk melihat kalau inginkan kejayaan itu, tidak ada halangan kerana mereka (PKNS) sentiasa membantu usahawan untuk berjaya menerusi program dan seminar yang dilaksanakan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Suhaimi (kiri) menyerahkan surat pelantikan Duta Keusahawanan PKNS kepada Rosyam Nor di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam, hari ini. - Gambar Bernama
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Kompleks PKNS bakal berwajah baharu tahun depan
Prasarana kompleks PKNS yang terletak di Seksyen 14 yang menjadi pusat beli belah tumpuan ramai setiap kali menjelang Syawal akan melalui proses penambahbaikan pada tahun hadapan.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
Rosyam Nor dilantik Duta Keusahawanan PKNS, kukuhkan peranan, perkasa industri keusahawanan Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Dis 2023.
MRCB mulakan urus niaga hartanah RM527.93 juta dengan PKNS
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.
Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
PKNS lancar GRIP Kota Puteri, dijangka raih pelaburan RM8 bilion
Projek itu dijangka menarik pelaburan berjumlah RM8 bilion selain menyediakan sehingga 5,000 peluang pekerjaan.
PKNS bangunkan kuarters berpusat untuk pekerja migran
PKNS akan membangunkan CLQ di Bandar Sultan Suleiman, Klang, sekali gus memantapkan komitmen negeri untuk memupuk persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan bagi pekerja migran di Selangor.
PKNS sasar GDV RM1 bilion bagi projek perumahan baharu tahun ini
Unjuran itu bagaimanapun tertakluk kepada keupayaan pasaran semasa.
Dua minggu sebelum Syawal, peniaga risau pelanggan makin kurang
Bilangan pengunjung yang ramai belum tentu berkadar langsung dengan transaksi jualan, semuanya kerana kuasa membeli yang berbeza pada kali ini.