SHAH ALAM: Bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM8,000 kerana merotan tangan anak lelakinya, empat tahun lepas.
Hakim Hasbullah Adam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Armin Zaharin, 57, bagi mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 Sept 2020.
Hasbullah menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Armin Zaharin membayar denda.
Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan Armin Zaharin bagi mengetepikan sabitan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Hasbullah turut menasihati Armin Zaharin supaya menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran.
"Saya harap ini dijadikan satu pengajaran. Ingat kawal diri sedikit. Apa sahaja yang berlaku hubungan antara bapa dan anak tidak akan putus," kata Hasbullah.
Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar mewakili pihak pendakwaan selaku responden manakala peguam Amir Farid Mohd Nawawi serta Danish Manoharan mewakili Armin Zaharin sebagai perayu.
Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.
Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.
Armin Zaharin ditahan pada 2 Mac 2018 selepas Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Feb 2018.
Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Armin Zaharin ditahan pada 2 Mac 2018 selepas Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Februari 2018. - Gambar fail

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan
Hakim menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Rotan anak: Rayuan bekas suami Ziana Zain ketepi sabitan, hukuman penjara didengar 15 Sept
Rayuan bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya, akan didengar di Mahkamah T

"Bukan mudah untuk saya buka hati pada sesiapa..." - Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain akui kehidupannya kini lebih bahagia disamping anak-anak selepas dia dan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, sah bercerai pada 12 Julai lalu.

Hubungan Ziana Zain dan Armin putus terpaksa
Selepas 20 tahun mendirikan rumahtangga bersama, bekas pramugara syarikat penerbangan, Armin Zaharin Ahmad akhirnya melafazkan cerai terhadap penyanyi, Ziana Zain sebentar tadi.

Setuju cerai Ziana, Armin gagal hadir
Oleh kerana pihak-pihak tidak tinggal lagi bersama sejak Februari lalu, mahkamah percaya tanggungjawab suami isteri tidak dapat dilaksanakan.

Ada penderaan mental tetapi tiada kekasaran fizikal - Ziana Zain
Penyanyi popular Ziana Zain membuat pengakuan tidak pernah dikasari secara fizikal oleh suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Mahkamah larang Armin dekati Ziana Zain sepanjang kes berlangsung
Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengekalkan syarat jaminan yang melarang suami penyanyi popular, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin untuk menemui anak yang didakwa dicederakannya, tiga bulan lalu.

'Rumahku, nerakaku ...' - Ziana Zain
Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka.

Hasrat Ziana Zain bercerai tertangguh
Armin Zaharin Ahmad Zambri membangkitkan isu mengenai hak penjagaan ke atas anak-anak mereka.

Ziana Zain dedah anak-anak jalani rawatan psikiatri - Laporan
Hampir 20 tahun bersabar, penghibur Ziana Zain akui sudah tidak mampu lagi bertahan dengan perbuatan suaminya.