awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Royalti: Penyanyi, pemuzik rakaman perlu tampil jika berhak

Bernama
Bernama
11/12/2020
16:31 MYT
Royalti: Penyanyi, pemuzik rakaman perlu tampil jika berhak
ROSOL: Walaupun MyIPO hanya sebagai pemudahcara atau badan perantara dalam isu ini, kami memandang serius permasalahan yang membelenggu penggiat seni tempatan. - Gambar fail
KUALA BERANG:Penyanyi dan pemuzik rakaman yang layak menerima royalti tetapi nama tercicir daripada senarai persatuan diminta menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata setakat ini pihaknya telah menerima nama 1,000 ahli Recording Performers Malaysia (RPM) dan Performers Rights dan Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) yang bakal menerima RM500 sebagai bayaran pendahuluan mulai awal bulan depan.
"Jika ada yang tercicir, ada jumlah tertentu yang mereka akan terima jika mereka berhak, pihak kami akan meneliti dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan, selaku Ahli Parlimen Hulu Terengganu, di Kampung Dusun, di sini hari ini.
Beliau berkata pengiat seni akan menikmati tunggakan royalti berkenaan melalui Jabatan Insolvensi (MDI) selaku badan penyelia PRISM, selepas ia dibubarkan pada November 2018 dan penggulungan secara sukarela PRM Julai lalu.
"Walaupun MyIPO hanya sebagai pemudahcara atau badan perantara dalam isu ini, kami memandang serius permasalahan yang membelenggu penggiat seni tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemuzik
#penyanyi
#royalti
#MyIPO
#Rosol Wahid
#Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan