JOHOR BAHRU: Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi, sekali gus berperanan sebagai asas kepada pelancaran lebih banyak projek yang mencatat kejayaan, bukan sahaja di wilayah selatan, malah di negara ini.
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong untuk menyaksikan detik bersejarah "penyambungan" projek berkenaan antara Malaysia dan Singapura pada Khamis pastinya telah meningkatkan profilnya bukan sahaja di rantau ini, malah memberikan kejutan kepada negara luar.
Menggambarkan projek itu sebagai "perjalanan transformatif," Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim berkata projek ini tentu sahaja menguji kemampuan syarikat menjangkau norma dan amalan biasa, sekali gus menjadikan segala cabaran itu sesuatu yang menarik dan mengujakan.
"Kami di MRT Corp meletakkan diri bukan sahaja sebagai pelaksana, malah selaku fasilitator yang memudahkan pelbagai aktiviti, banyak penambahbaikan, banyak perubahan yang akan dinikmati Johor Bahru."
Beliau berkata ini adalah perjalanan transformatif yang menjangkau skop tugasan biasa syarikat kerana turut perlu terlibat dari segi perubahan dasar, pertukaran prosedur operasi standard (SOP) dan proses.
"Perubahan dari segi bagaimana kami melaksanakan sesuatu misalnya kelulusan imigresen, melepasi kastam, bagaimana kami mereka bentuk, laluan pejalan kaki, pergerakan orang ramai di sekitar infrastruktur rel itu.
"Kesimpulannya, kami berharap berupaya memberikan nilai kepada rakyat. Bukan sahaja dari segi kemudahan merentas sempadan, malah nilai dalam aspek pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan," katanya dalam temu bual di sini baru-baru ini.
Mohd Zarif berkata semua pihak berkepentingan dalam projek itu mempunyai objektif sama iaitu untuk menyiapkan projek RTS Link demi negara, namun cabarannya adalah bagi memenuhi segala permintaan dan harapan yang pelbagai.
"Saya tidak menganggap (semua kehendak dan harapan) sebagai masalah, sebaliknya disifatkan sebagai perjalanan yang mengujakan kerana jika kita mampu melaksanakannya menerusi RTS, saya yakin kita juga berupaya melakukannya (mengulangi kejayaan) dalam banyak projek di negara ini. Oleh itu, anda perlu melihat perspektif berkenaan," katanya mengenai projek RTS yang telah mencapai kemajuan di peringkat pertengahan itu.
Sebagai contoh, beliau berkata harapan orang ramai iaitu selaku aspek terpenting dalam hal ini adalah dapat menaiki kereta api dan merentas sempadan dalam tempoh paling cepat.
"Oleh itu, jika kita dapat membina infrastruktur ini, adakah ini bererti perjalanan telah selesai? Bagaimana dengan jarak yang perlu dilalui orang ramai, tempat letak kereta, pelepasan imigresen, jumlah pintu untuk kelulusan imigresen dan masa yang diambil untuk memberi pelepasan kepada setiap individu?
"Jadi inilah yang saya katakan membina infrastruktur merupakan perkara biasa yang kami lakukan sama seperti di Kuala Lumpur, tetapi di Johor Bahru, ia menuntut kami bekerja melangkaui skop kebiasaan kerana harus memenuhi kehendak rakyat," katanya.
Justeru, katanya, MRT Corp harus berupaya untuk beroperasi, berbincang dan berdialog dengan pelbagai pihak yang berbeza bagi menyempunakan projek ini.
Beliau berkata menerusi sesi dialog dan pertemuan yang berterusan, sebagai contoh, kedua-dua negara bersetuju agar kemudahan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Malaysia dan kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Singapura ditempatkan dalam bangunan yang sama bagi memudahkan proses imigresen keluar dan masuk kedua-dua negara di stesen berlepas.
Mohd Zarif berkata menerusi projek itu yang masih berbaki kurang daripada tiga tahun lagi, MRT Corp masih cekal berusaha mencari lebih banyak kaedah melakukan penambahbaikan termasuk di luar sempadan bagi mendapatkan "hasil yang sebaik mungkin" sambil memenuhi jangkaan dan permintaan pihak berkepentingan terutamanya rakyat.
"Untuk melaksanakan (projek) sebesar ini, ia mungkin mustahil tanpa usaha dan kerjasama pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta pihak kerajaan negeri dan Persekutuan.
"Boleh dikatakan semua pihak yang terlibat dalam projek ini sebenarnya menghabiskan masa yang agak lama untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual dan ini juga sebenanrnya membuktikan bagaimana kita sebagai sebuah negara boleh bersatu untuk membangunkan projek nasional strategik yang penting," katanya.
Beliau juga berharap RTS akan berfungsi sebagai pemangkin kepada seluruh projek utama pada masa hadapan.
Mohd Zarif berkata kemajuan semasa RTS Link juga merupakan bukti dedikasi kerja keras semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek ini, membawa Malaysia dan Singapura selangkah ke hadapan untuk merealisasikan rangkaian pengangkutan rentas sempadan yang lancar dan cekap.
"Penyambungan 'span' itu berfungsi sebagai penghubung kedua-dua negara melalui reka bentuk seni bina dan kejuruteraan bagi mencapai visi bersama untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau," katanya.
Semalam, Anwar dan Lee menyaksikan detik penting penyempurnaan 'penyambungan span' di titik pertemuan jejambat marin RTS Link antara Johor Bahru dan Singapura, sekali gus membuktikan komitmen kedua-dua negara untuk menyiapkan projek itu menjelang akhir 2026.
Projek RTS Link adalah rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen masing-masing di Bukit Chagar di sini dan di Woodlands North, Singapura.
Laluan RTS Link itu akan mempunyai kapasiti sebanyak 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap hala dan jangkaan kira-kira 40,000 penumpang sehari apabila dibuka kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Projek RTS Link adalah rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen masing-masing di Bukit Chagar, Johor Bahru dan di Woodlands North, Singapura. - Foto BERNAMA
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
RTS bakal lonjakkan usaha perkasakan pengangkutan awam di Johor - Pakar
Projek itu dijangka melonjakkan usaha memperkasakan pengangkutan awam di negeri ini terutamanya yang melibatkan pengangkutan rel.
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai kemajuan 10 peratus
Tahap kemajuan kerja projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura kini mencapai hampir 10 peratus, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Projek RTS Link JB-Singapura tidak berjalan lancar - Menteri Singapura
Beliau berkata Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018, telah menetapkan beberapa perkara penting bagi menjejaki perkembangan projek tersebut.