Rumah bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng diserbu polis 19 Feb lalu.

Menurut laporan akhbar The Star, polis merampas tiga buah kereta dan wang tunai sekitar RM49,000 dalam serbuan tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik ketika dihubingi media tersebut.

Beliau turut mengesahkan serbuan itu berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BACA: Roger Ng mungkin diekstradisi ke AS untuk kes 1MDB

BACA: Malaysia akan ekstradisi Roger Ng sekiranya diminta AS - Tun M

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengesahkan Ng mungkin akan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan kes 1MDB.

Peguam Ng, Datuk Tan Hock Chuan, sebelum ini dilaporkan telah memberitahu mahkamah di Malaysia bahawa anak guamnya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar dia tidak diekstradisi ke AS.

Ng sebelum ini ditahan oleh Polis Diraja Malaysia atas permintaan Kerajaan AS.

Ini susulan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menuduh dia serta seorang lagi bekas pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner, melakukan jenayah pengubahan wang haram dalam kes 1MDB.

BACA: Tim Leissner mengaku bersalah curi wang 1MDB

BACA: Bekas pegawai DoJ mengaku bersalah dalam kes 1MDB

BACA: Goldman Sachs mohon maaf pada rakyat Malaysia