awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
23/11/2024
23:30 MYT
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Empat individu terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, Kajang, pada awal pagi Ahad. - Gambar ihsan bomba
KAJANG: Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, di sini, awal pagi Ahad.
Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, kebakaran melibatkan bahagian atas dan bawah bangunan dengan anggaran kemusnahan sebanyak 75 peratus.
Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.28 pagi, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Bangi, dan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dikerahkan ke lokasi.
“Tiga unit kedai berkembar turut terbakar dengan anggaran kemusnahan 90 peratus melibatkan keluasan 60 x 50 kaki persegi,” katanya.
Keempat-empat mangsa yang terperangkap di bahagian bawah rumah kedai itu berjaya diselamatkan selepas anggota bomba menggunakan pemotong besi untuk membuka pintu premis.
Operasi menyelamat diketuai Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mazlan Mohmad.
Semua mangsa yang berusia antara 27 hingga 58 tahun dihantar ke Hospital Kajang selepas mengalami sesak nafas.
Operasi menyelamat melibatkan 27 anggota bomba dari BBP Kajang, Bangi dan BTHO dengan bantuan agensi lain seperti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rumah kedai terbakar
#empat mangsa terselamat
#Kampung Sungai Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan