awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah mampu milik akan dilengkapi rekaan tahan iklim - Nga Kor Ming

Dzulfitri Yusop
Dzulfitri Yusop
20/11/2024
07:00 MYT
Rumah mampu milik akan dilengkapi rekaan tahan iklim - Nga Kor Ming
Kor Ming (foto) berkata strategi itu akan dilaksanakan dalam projek perumahan rakyat yang bakal dijenamakan semula sebagai Projek Residensi Rakyat. -Astro AWANI
BAKU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat untuk mengintegrasikan rekaan yang berdaya tahan dengan perubahan iklim dalam projek perumahan mampu milik di masa akan datang.

Ringkasan AI
  • KPKT berhasrat mengintegrasikan rekaan yang berdaya tahan dengan perubahan iklim dalam projek perumahan mampu milik masa depan, yang akan dijenamakan semula sebagai Projek Residensi Rakyat (PRR).
  • Malaysia akan membina dan menambah baik lebih 100 taman awam setiap tahun serta meningkatkan peruntukan lebih RM100 juta untuk usaha mitigasi banjir semasa musim monsun.
  • Malaysia sedang menyiapkan Dasar Perbandaran Negara ketiga untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif, menjadikan bandar sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang berdaya huni dan lestari.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata strategi itu akan dilaksanakan dalam projek perumahan rakyat yang akan dijenamakan semula sebagai Projek Residensi Rakyat (PRR).
“Langkah ini bagi memastikan bahawa golongan berpendapatan rendah di bandar tidak ketinggalan dalam peralihan kehidupan yang lebih hijau dengan bandar yang lebih lestari," kata Nga.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan negara pada Mesyuarat Menteri Urbanisasi dan Perubahan Iklim di Persidangan Perubahan Iklim (COP 29) di Azerbaijan pada Rabu.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Malaysia juga, katanya, akan mengambil pendekatan strategik untuk menguruskan isu perbandaran dengan membina dan menambah baik taman awam serta menyelesaikan masalah banjir.
“Lebih 100 taman awam akan dibina dan ditambah baik setiap tahun bagi sebagai sebahagian penyelesaian hijau di Malaysia”
“Selain itu juga, Malaysia turut meningkatkan peruntukan lebih RM100 juta untuk memastikan usaha mitigasi banjir dapat berfungsi dengan baik ketika musim monsun," katanya lagi.
Menurut Nga, ini merupakan sebahagian daripada strategi urban Malaysia untuk beradaptasi dengan perubahan iklim dengan melibatkan pendekatan di pelbagai peringkat dan sektor.
Malaysia juga, kata Nga, sedang menyiapkan Dasar Perbandaran Negara ketiga bagi memastikan adanya pembangunan yang seimbang dan inklusif yang memberi penekanan bahawa bandar bukan sahaja menjadi pusat pertumbuhan ekonomi tapi berdaya huni dan lestari.
Mesyuarat Menteri Urbanisasi dan Perubahan Iklim yang dianjurkan UN-Habitat merupakan sebahagian daripada agenda COP29 yang berlangsung di Baku, Azerbaijan hingga 22 November ini.
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#COP 29
#Projek Residensi Rakyat
#rekaan yang berdaya tahan dengan perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan