awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Pesuruhjaya Tinggi Brunei musnah dijilat api

Bernama
Bernama
11/01/2014
08:52 MYT
Rumah Pesuruhjaya Tinggi Brunei musnah dijilat api
Sebuah banglo tiga tingkat di Jalan Tun Ismail di sini terbakar malam tadi, menyebabkan kediaman Pesuruhjaya Tinggi Brunei Datuk Paduka Ishaaq Abdullah itu musnah hampir 50 peratus.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 9.25 malam tadi.
"Kebakaran melibatkan tingkat dua dan tiga banglo berkenaan dengan keluasan kemusnahan sekitar 30 meter persegi. Kejadian dikatakan berpunca daripada sebuah bilik di tingkat dua rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadam kebakaran berikutan masalah tekanan air rendah di kawasan itu dan pihak Syabas turut dihubungi untuk membantu meningkatkan tekanan air.
Seramai 56 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah, Titiwangsa dan Sri Hartamas digerakkan ke tempat itu.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.
Sementara itu, seorang tukang kebun yang dikenali sebagai Sulaiman, 43, berkata beliau ternampak api dari bilik anak pesuruhjaya tinggi Brunei itu di tingkat dua banglo berkenaan.
"Ketika itu ada tujuh orang dalam rumah, termasuk Datuk dan isteri, adik ipar Datuk (suami dan isteri), seorang pembantu rumah, pemandu dan pengawal keselamatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#jalan tun ismail
#musnah
#Pesuruhjaya Tinggi Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan