awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah pusaka musnah dipukul ombak

Bernama
Bernama
29/11/2025
11:30 MYT
Rumah pusaka musnah dipukul ombak
Hakisan serius setiap tahun menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk sehingga memusnahkan keseluruhan struktur rumah itu beberapa hari lepas. - Gambar/ Bernama
KUALA NERUS: Seorang penduduk Kampung Pantai, Batu Rakit di sini hanya mampu melihat rumah pusaka peninggalan arwah datuknya musnah dipukul ombak besar dan angin kencang.
Zamri Sulong, 42, berkata kediaman yang berusia 80 tahun itu dibina sendiri oleh datuknya dan menjadi tempat berkumpul ahli keluarga setiap kali cuti atau musim perayaan.
Beliau berkata hakisan serius setiap tahun menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk sehingga memusnahkan keseluruhan struktur rumah beberapa hari lepas.
"Kerosakan berlaku secara berperingkat. Pada awalnya saya ada baiki dan besarkan bahagian ruang tamu rumah untuk keselesaan ahli keluarga apabila berkumpul ramai-ramai.
"Tetapi tiga tahun kebelakangan ini hakisan bertambah teruk menyebabkan saya akhirnya berpindah keluar dan menyewa rumah lain dengan bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada September lalu kerana (rumah pusaka) sudah tidak dapat diselamatkan," katanya ketika ditemui di Kampung Pantai, Batu Rakit.
Seorang lagi penduduk Mat Yusoff Abdullah, 73, berkata beliau bersama empat lagi ahli keluarga hidup dalam kebimbangan kerana jarak rumah ke gigi air pantai semakin dekat dan kini hanya sekitar 10 meter.
Menurut beliau setiap kali tiba musim tengkujuh, mereka sekeluarga tidak dapat tidur nyenyak kerana bimbang dihanyutkan ombak.
"Penduduk di sini sudah ramai yang pindah kerana rumah sudah musnah. Saya juga berfikir untuk pindah tetapi tidak ada tempat lain untuk dituju.
"Saya harap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera bagi mengelak hakisan. Jika masalah ini berterusan, tidak mustahil Kampung Pantai akan hilang dari peta suatu hari nanti," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir 2025
#monsun timur laut
#rumah pusaka roboh
#ombak besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan