awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Rumah retak: Buat laporan jika ada kakitangan MPK didakwa rasuah

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2022
22:30 MYT
Rumah retak: Buat laporan jika ada kakitangan MPK didakwa rasuah
Tangkap layar video tular tentang rintihan pemilik rumah rosak akibat kerja ubah suai rumah jirannya. Gambar kecil: Norafiza
KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengalukan individu yang mengadu dan menularkan video rumahnya retak akibat kerja ubah suai rumah oleh jirannya membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kakitangan MPK yang didakwa menerima rasuah.
Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, permit ubah suai rumah dan pelan lulus dikeluarkan kepada perunding pada tahun 2012.
Menurutnya, kerja-kerja ubah suai rumah berkenaan juga mendapat persetujuan jiran terbabit.
"Aduan yang dikemukakan oleh pengadu selepas kelulusan diberi juga diambil tindakan oleh pihak MPK.
"Sebelum ini, perunding juga dilantik bagi mengenal pasti punca keretakan dan perakuan kekukuhan struktur tambahan rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Norafiza berkata, pihak MPK menjunjung tinggi prinsip ketelusan dan integriti serta tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.
Ujarnya, pihak MPK tidak teragak-agak untuk membuat laporan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap kakitangannya khususnya melibatkan isu-isu berkenaan.
"Majlis tidak teragak-agak memfailkan tindakan undang-undang ke atas individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atas pengurusan tertinggi dan pegawai serta kakitangan MPK terutama tuduhan yang dikaitkan dengan rasuah atau salah laku moral yang lain," katanya.
Pada Khamis, sebuah video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok berkenaan rumah yang rosak akibat kerja ubah suai rumah jirannya tular di media sosial.
Video yang dimuat naik itu turut mendakwa pihak MPK menerima duit rasuah apabila tidak membantu pemilik rumah berkenaan membaiki rumahnya sehingga terpaksa berpindah ke tempat lain kerana kediamannya tidak selamat diduduki.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MPK
#Majlis Perbandaran Klang
#rumah retak akibat kerja ubah suai
#Norfiza Mahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami