awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Terbuka Gawai Dayak pamer keunikan kaum Iban - STF

Bernama
Bernama
26/04/2023
20:30 MYT
Rumah Terbuka Gawai Dayak pamer keunikan kaum Iban -  STF
Gerald berkata, selain Rumah Terbuka, turut diadakan ialah perarakan Gawai di pekan Betong serta pameran kraf tangan dan hasil seni penduduk tempatan. - Foto Facebook Gerald Rentap Jabu
KUCHING: Persatuan Pelancongan Sarawak (STF) akan menganjurkan Rumah Terbuka Gawai Dayak pada 9 hingga 11 Jun ini di Rumah Panjang Matop di bahagian Betong.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata Rumah Matop dipilih kerana ia masih mengekalkan struktur binaan asal yang menggunakan kayu belian dan dibina pada 1941.
"Semasa acara itu nanti, tetamu akan diberi sambutan secara tradisional oleh komuniti setempat diketuai Tuai Rumah Anyie Rajit, mengenai sejarah Rumah Matop.
"Ini diikuti upacara tradisi Miring, serta persembahan tarian ngajat. Pengunjung juga boleh merasai makanan dan minuman tradisional Iban, termasuk tuak, ayam pansuh, pulut, daging barbeku dan banyak lagi," katanya pada sidang media di sini semalam.
Menurut Gerald turut diadakan perarakan Gawai di pekan Betong bersama komuniti setempat, pameran kraf tangan dan hasil seni penduduk tempatan.
Sementara itu, Presiden STF Audry Wan Ullok berkata tujuan rumah terbuka itu diadakan bagi mempromosikan kepelbagaian budaya selain mempamerkan tradisi dan adat resam yang unik di Sarawak.
"Tahun ini merupakan penganjuran kedua rumah terbuka berkenaan, selepas penganjuran pertama di kampung Taee, yang merupakan perkampungan kaum Bidayuh," katanya.
Maklumat lanjut mengenai Rumah Terbuka Gawai Dayak STF boleh diperoleh di www.sarawak.travel/openhouse.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gerald rentap jabu
#Rumah Matop
#Rumah Terbuka Gawai Dayak
#Iban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan