Rundingan penurunan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Sarawak dilihat sebagai kemuncak kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.24 petang di Institut Jantung Kota Samarahan, Sarawak, berikutan komplikasi jantung.
Rundingan antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mula dijalankan pada 20 Januari tahun lepas, disusuli dengan rundingan kedua pada 4 Julai tahun yang sama.
Rundingan pertama menyaksikan 13 perkara dipersetujui oleh kerajaan persekutuan berkaitan penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri.
Hasil rundingan kedua pula menyaksikan Adenan memperincikan keputusan kerajaan Sarawak berhubung penurunan kuasa pentadbiran selanjutnya dan perwakilan kuasa.
Dalam kenyataannya pada sidang media semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Kuching, pada Julai tahun lepas, Adenan menyatakan kegembiraannya berikutan sambutan positif kerajaan persekutuan semasa mesyuarat tersebut.
Menurutnya Najib mencadangkan supaya beliau menubuhkan jawatankuasa pegawai persekutuan, antaranya dianggotai peguam, Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri Sarawak untuk membantu dari segi undang-undang serta perlembagaan.
Sementara itu mengulas mengenai perkara itu, Pensyarah di Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata perkara tersebut kini dalam proses rundingan terakhir.
"Bagaimanapun, kedua-dua fasa itu (yang telah dijalankan) hanyalah fasa rundingan tetapi pelaksanaan masih belum lagi dilakukan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Menyatakan pemergian Ketua Menteri itu sebagai satu kehilangan yang amat besar buat negara dan Sarawak khususnya, Awang Azman menyifatkan Allahyarham Adenan sebagai 'Bapa Autonomi Sarawak'.
Beliau berkata antara sumbangan dasar Adenan yang melakar peristiwa penting dalam kepimpinannya adalah mengenai autonomi Sarawak dalam pelbagai aspek termasuk sumber asli, perundangan dan pendidikan sosial sejak beliau mengambil alih kepimpinan negeri itu dua tahun lepas.
"Allahyarham juga adalah Bapa Perpaduan Negeri Sarawak. Beliau telah menyatukan seluruh rakyat Sarawak sehingga pembangkang turut bersetuju dengan sikap dan dasar yang dibawanya.
"Sumbangannya kepada Sarawak ialah beliau telah menyedarkan rakyat di negeri itu tentang hak mereka yang perlu disuarakan, sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963," jelasnya.
Allahyarham Adenan mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb 2014 daripada Tun Abdul Taib Mahmud yang meletakkan jawatan tersebut pada 12 Feb tahun yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem ketika satu pertemuan di Perdana Putra pada 4 Julai 2016.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.