GEORGE TOWN: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang runtuh malam semalam.
CIDB dalam kenyataan hari ini memaklumkan maklumat awal daripada pegawai penguat kuasa CIDB Pulau Pinang yang berada di tapak kejadian mendapati 14 batang tiang rasuk telah runtuh menyebabkan lantai konkrit jatuh menghempap pekerja yang sedang berada di tingkat bawah.
"Siasatan itu dibuat berhubung aspek keselamatan pembinaan mengikut Seksyen 34B Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) antara lain menekankan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.
"Menurut Akta 520, mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipan dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan dan pelanggaran kewajipan itu menyebabkan kematian adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan dalam siasatan insiden itu, CIDB akan bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan siasatan terperinci.
"Siasatan itu antara lain meliputi sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan yang turut melibatkan akta, undang-undang dan peraturan yang berada di bawah kawalan mereka," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam itu, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam itu, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Runtuhan gudang: CAP gesa tubuh suruhanjaya siasatan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas deka
Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.
Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Runtuhan gudang: SAR ditamatkan, 4 pekerja disangka hilang dipercayai lari
Operasi SAR empat pekerja binaan warga Bangladesh yang dikatakan terperangkap dalam runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, telah ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi.
Runtuhan gudang: 2 pekerja kritikal, tidak sedar diri
Dua pekerja pembinaan warga Bangladesh yang cedera dalam runtuhan struktur gudang logistik dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedar diri.
Runtuhan gudang: "Syukur saya turun awal" - Pekerja tapak pembinaan
Seorang pekerja di tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi, terselamat apabila turun lebih awal untuk berehat, beberapa minit sebelum kejadian.
Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta
Perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi Rabu kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.
Runtuhan gudang: Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan
JBPM memaklumkan tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.