awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan konkrit: Suami isteri ditemukan maut

Bernama
Bernama
23/05/2019
12:26 MYT
Runtuhan konkrit: Suami isteri ditemukan maut
Sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran Stesen LRT Putra Terminal Gombak, Jalan Taman Melati, Kuala Lumpur, mengalami runtuhan konkrit pada awal pagi hari ini. -- fotoBERNAMA
Sepasang suami isteri ditemukan mati dalam keadaan berpelukan di bawah runtuhan konkrit sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Stesen LRT Putra Terminal Gombak, di sini, awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Alias, 36, dan Ima, 40, dipercayai dihempap kerangka besi yang runtuh.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata mayat kedua-dua mereka yang merupakan buruh binaan ditemui pukul 1.10 petang iaitu kira-kira 40 meter dari lokasi tiga rakan mereka yang terselamat.
"Kehilangan mangsa disedari rakan sekerja yang memaklumkan beliau gagal menghubungi pasangan suami isteri itu sejak kejadian.
"Apabila pemeriksaan dilakukan, pihak bomba menemui kedua-dua mangsa yang tersepit di celah runtuhan konkrit dan kerangka besi dan proses mengeluarkan mangsa agak sukar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira 2 petang dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
BACA: Dua cedera, seorang tertimbus runtuhan konkrit berhampiran LRT Gombak
Katanya kesemua buruh binaan telah diarah untuk mengosongkan rumah kongsi di lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan dilakukan.
"Pegawai keselamatan di tapak pembinaan telah dimaklumkan untuk menutup rumah kongsi di tapak pembinaan ini," katanya.
BACA: Demi nyawa, tangan mangsa runtuhan konkrit berhampiran LRT Gombak terpaksa dipotong
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan yang struktur bangunan yang lemah merupakan antara faktor runtuhan itu berlaku.
"Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Dalam kejadian runtuhan itu, tiga buruh binaan terselamat. Dua warga Indonesia berjaya diselamatkan awal pagi tadi manakala seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang tersepit dalam runtuhan itu berjaya dikeluarkan enam jam kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bangunan dalam pembinaan
#bomba
#buruh binaan
#Gombak
#Indonesia
#keselamatan
#LRT
#mangsa
#maut
#mayat
#polis
#runtuhan konkrit
#Samsor Maarof
#siasatan
#Stesen LRT Putra
#suami isteri
#Terminal Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan