IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini menyangkal dakwaan bahawa kerajaan negeri itu mengabaikan bantuan kebajikan kepada keluarga dua mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.
Beliau berkata pegawai khasnya dan Pegawai Daerah Kinta Meor Hezbullah Meor Abd Malik telah menyalurkan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa sejak insiden itu berlaku pada Selasa lepas.
"Saya juga menerima maklumat bahawa pemilik syarikat kuari juga telah menyampaikan sendiri bantuan dalam bentuk wang tunai kepada keluarga mangsa.
"Jadi sekiranya bantuan yang diberikan setakat ini tidak mencukupi, mereka boleh melaporkan kepada Pegawai Daerah dan jika ia di luar kemampuan, Menteri Besar akan ambil tindakan tetapi setakat ini, saya yakin semua keperluan kebajikan keluarga mangsa telah diberi perhatian yang sewajarnya," kata beliau kepada pemberita selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari kesembilan di lokasi kejadian dengan diiringi Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ini.
Saarani juga berkata pemintaan keluarga seorang daripada mangsa yang ingin menyertai operasi itu tidak dapat dipenuhi atas faktor keselamatan.
"Kita tidak dapat membenarkan sesiapapun melainkan orang tertentu yang dikenal pasti adalah pakar dalam kerja-kerja menyelamat ini, itupun kita minta mereka berhati-hati sebab runtuhan dikesan berlaku beberapa kali sebelum ini," katanya.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan kedudukan jengkaut yang tertimbus.
"Bagaimanapun, saya menerima maklumat sebentar tadi akan berlaku gangguan pengesanan kerana kawasan ini juga dikenal pasti berpotensi terdapat bijih besi, jadi kita takut alat pengesan logam itu tidak dapat mengesan kedudukan jengkaut tetapi mengesan bijih besi.
"Sebanyak 13 letupan terkawal dilakukan bagi membolehkan laluan dan ruang untuk tujuan pengesanan logam tetapi setakat ini, masih belum dapat apa-apa, kemungkinan ia mengambil masa yang amat panjang," katanya.
BACA: Runtuhan batu kuari: Dua cedera, dua hilang dikhuatiri tertimbus
Insiden yang berlaku pada 9.15 pagi itu menyebabkan dua lelaki dipercayai tertimbus iaitu Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, manakala dua lagi rakan sekerja mereka iaitu Mohd Razli Suhaimi, 35, patah tulang kaki serta Pan Tam, 38, cedera ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kanan) meninjau operasi dan menyelamat dua pekerja yang dikhuatiri tertimbus di lokasi runtuhan kuari Keramat Pulai Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Adik lelaki MB Perak meninggal dunia pada usia 49 tahun
Adik lelaki Menteri Besar Perak, Ahmad Rozimi Mohamad meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi Isnin, di Hospital Taiping.
MB Perak nafi khabar angin berlaku perubahan pentadbiran
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.
'Saya tak gemar ukuran 100 hari' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran 100 hari bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.
Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.
Pasca PRU15: Isu dakwaan Bersatu rebut jawatan MB Perak selesai
Bersatu menerima permohonan maaf Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berhubung dakwaannya parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan Pas.
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
PRU15: Parti politik boleh salur sumbangan mangsa banjir melalui pejabat daerah
Mana-mana parti politik yang ingin memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Perak ketika tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh menyalurkannya melalui pejabat daerah.
Tak pernah ada pakatan UMNO-DAP jatuhkan Ahmad Faizal sebagai MB - Saarani
UMNO tidak pernah berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020 lalu.
Pembangkang jangan hasut, kelirukan rakyat dalam isu perlombongan lantanid - MB Perak
Kerajaan Perak mengingatkan pihak parti pembangkang agar tidak menghasut dengan mengelirukan rakyat berhubung isu perlombongan nadir bumi lantanid di Gerik.
Bajet 2023 Perak tidak diawalkan - Menteri Besar
Pembentangan Bajet Negeri Perak 2023 tidak akan diawalkan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.