LANGKAWI: Russian Knights, unit tentera udara dari Rusia, melahirkan penghargaan kerana diberi peluang untuk mempamerkan aksi aerobatik udara buat kali ketujuh pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).
Sejak penampilan pertama Russian Knights pada LIMA 1991, ketua juruterbang kumpulan Kol Andrev Alekseev berkata pasukannya sangat gembira dan berbesar hati untuk menerbangkan pesawat Rusia di ruang angkasa Malaysia.
"Pameran udara tahun ini lebih menarik dan kami lihat ramai rakan kami dari negara lain turut akan menerbangkan jet pejuang mereka.
"Kami ingin menyatakan LIMA tahun ini telah dianjurkan dengan baik dengan tuan rumah melakukan tugas yang hebat, bukan sahaja untuk pameran tetapi juga untuk pertunjukan udara," katanya kepada media ketika ditemui di perkarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini semalam.
Russian Knights yang lebih dikenali Russikiye Vityazi, menerbangkan enam pesawat Sukhoi SU-35SM dan satu SU-30 pada pertunjukan udara selama lima hari sempena LIMA '23 dari 23 hingga 27 Mei.
Dalam pertunjukan udara pasukan tentera udara itu akan menerbangkan enam pesawat SU-35SM bermula dengan aerobatik udara dan berakhir dengan penerbangan solo pesawat SU-30.
Mengulas lanjut, Alekseev berkata pembabitan dalam LIMA '23 akan terus membantu Russian Knights mempamerkan keupayaan pesawat Rusia.
"Serta untuk mempromosikan peralatan penerbangan ke pasaran antarabangsa," katanya.
Selain Russian Knights, LIMA '23 juga turut mempamerkan pasukan aerobatik antarabangsa dari Indonesia yang dikenali sebagai Jupiter, China (August 1st) dan Korea Selatan (Black Eagles).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Persembahan udara dari pasukan Russian Knights sempena LIMA'23 di Langkawi, 25 Mei 2023. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
LIMA'23: 'Penganjuran paling berjaya, rekod urus niaga lebih RM17 bilion' - Mohamad
Perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA '23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan.
Black Eagles Korea curi tumpuan Agong
Dalam cuaca panas terik, Seri Paduka berkenan melihat sendiri pesawat tempur ringan KAI T-50B itu dengan lebih dekat di landasan terbang.
Russian Knights bangga diberi peluang beraksi lagi di LIMA
Kol Andrev Alekseev berkata pasukannya sangat gembira dan berbesar hati untuk menerbangkan pesawat Rusia di ruang angkasa Malaysia.
Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara masih dalam penilaian - Mohamad
Beliau berkata kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung perkara itu dan mahu mendapatkan pandangan lebih lanjut daripada pihak berkepentingan.
APMM bakal terima aset baharu bernilai RM4 juta, bantu operasi SAR
APMM bakal menerima aset baharu bernilai RM4 juta, iaitu kenderaan Mobile Surveillance Unit (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) dalam membantu meningkatkan operasi mencari dan menyelamat di laut.
Agong, Putera Mahkota Abu Dhabi berkenan lawat LIMA'23
Baginda kemudiannya bersama-sama Sheikh Khaled menyaksikan persembahan pertunjukan udara pelbagai negara, termasuk pasukan aerobatik daripada UAE.
LIMA '23: Pengendali syarikat penerbangan, feri diminta tambah perjalanan ke langkawi
Kementerian Pengangkutan (MoT) meminta supaya pengendali syarikat penerbangan dan feri menambahkan jumlah perjalanan ke Langkawi, Kedah bagi menampung kapasiti pengunjung sempena LIMA '23.
'Saya tetap hadir LIMA'23 dan bawa teropong' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan pendirian akan hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 yang dijadualkan berlangsung Mei depan.
Pameran LIMA kembali Mei depan - Hishammuddin
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi.