Skip to main content

Dunia

IRGC tolak dakwaan Iran kekurangan peluru berpandu

Iran's Revolutionary Guard says re-opening Strait of Hormuz does not depend on talks with Oman
Hossein Mohebbi (foto) menolak dakwaan bahawa Iran mempunyai simpanan peluru berpandu yang terhad dan berdepan risiko kehabisan aset ketenteraan dalam masa terdekat. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

TEHRAN: Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata Iran akan terus memperkukuh keupayaan ketenteraan serta meningkatkan pengeluaran peluru berpandu balistik dalam menghadapi konflik semasa, lapor Al Jazeera.

Jurucakap IRGC, Hossein Mohebbi, menolak dakwaan bahawa Iran mempunyai simpanan peluru berpandu yang terhad dan berdepan risiko kehabisan aset ketenteraan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, perkembangan konflik semasa menunjukkan aset ketenteraan strategik pihak lawan semakin berkurangan, yang disifatkannya sebagai satu kelebihan kepada Iran.

Mohebbi membuat kenyataan itu dalam wawancara yang diterbitkan agensi berita Tasnim pada Selasa.

Beliau turut mendakwa konflik berkenaan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kepimpinan Amerika Syarikat (AS) mengenai kemampuan sebenar strategi ketenteraan negara itu.

Menurutnya, doktrin pertahanan AS sebelum ini dibina berasaskan andaian bahawa Washington mampu terlibat dalam beberapa konflik serentak di pelbagai lokasi dunia.

Bagaimanapun, beliau berkata perkembangan geopolitik semasa serta tindakan pakatan yang menyokong Iran telah mencabar keupayaan AS untuk menguruskan beberapa medan konflik pada masa yang sama.

Must Watch Video

Advertisement