Satu rang undang-undang berkonsepkan 'Good Samaritan Law' akan dibentangkan di Parlimen bagi melindungi penyumbang dan penerima program FoodBank, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada akhir tahun ini.
"Hotel-hotel enggan mendermakan makanan mereka kerana takut makanan yang diberi itu terjadi apa-apa kepada penerima. Jadi rang undang-undang itu penting untuk melindungi mereka," katanya dalam ucapan perasmian Yayasan Food Bank Malaysia dan Malam Apresiasi Bersama Penyumbang di sini pada Jumaat.
Beliau berkata bagi meluaskan program Foodbank Malaysia, Yayasan FoodBank Malaysia telah diperbadankan pada 7 Jan lepas.
"Yayasan ini akan menyelaraskan perkembangan dan perlaksanaan program ini di seluruh negara," katanya.
Wan Azizah berkata, sejak program Foodbank Malaysia dilancarkan pada 22 Dis tahun lepas, sebanyak 430 cawangan pasar raya telah bersetuju menyertai program ini.
"Sehingga Ogos lepas, sebanyak 311,189 isi rumah telah mendapat manfaat daripada program ini," katanya.
Beliau berkata awal tahun ini, Foodbank Siswa juga telah dilancarkan berikutan keputusan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi membantu siswazah di universiti awam.
Wan Azizah berkata melalui perjumpaan dengan 20 universiti awam, didapati 70 hingga 80 peratus pelajar universiti awam adalah daripada keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40).
"Sehingga hari ini, 13 universiti awam telah menyertai program "Foodbank Siswa" yang melibatkan 3,820 pelajar," katanya.
Beliau berkata di bawah program ini, pantri istimewa disediakan di setiap universiti bagi menyimpan dan mengagihkan makanan kering kepada pelajar universiti yang memerlukan.
"Untuk universiti awam yang mempunyai kemudahan dapur, lebihan makanan mentah boleh dimasak dan diedarkan kepada kumpulan pelajar sasar," katanya.
Turut hadir pada majlis malam ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Pelancaran Yayasan Food Bank Malaysia dan Malam Apresiasi Bersama Penyumbang di George Town, 20 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang
Semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.
Bosch tawar kelengkapan rumah berinovasi, penuhi keperluan penggemar makanan
Jenama Jerman terkemuka itu mempamerkan rangkaian mesin dapur, pemproses makanan serta pengisar tangan yang dicipta bagi memenuhi keperluan gaya hidup penggemar makanan.
Telangkupkan periuk atas dapur, petua elak nasi cepat basi
Dengan cara ini memang berkesan nasi boleh tahan lama dua hari dan tak basi.
Tidak suka pink, suami nekad roboh dapur warna kegemaran isteri
Seorang isteri terpaksa berputih mata apabila dapur rumahnya yang dicat serba merah jambu dirobohkan suaminya sendiri.
RUU FoodBank lindungi penyumbang, penerima akan dibentang di Parlimen hujung tahun ini - TPM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada akhir tahun ini.
Buaya 11 kaki pecah masuk rumah, musnahkan dapur
Pihak polis dipanggil ke tempat kejadian untuk menangkap buaya itu dan wanita tersebut tidak mengalami kecederaan.
Enam sekeluarga terselamat daripada ular tedung
Enam ahli keluarganya terselamat daripada diancam serangan ular tedung cincin dalam kejadian di Kampung Sungai Damit, Membakut, petang semalam.