KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini untuk bacaan kali pertama.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata Kementerian Kesihatan (KKM) pada 26 Mei lalu telah mengemukakan memo Jemaah Menteri kepada Kabinet, dan telah mendapatkan sokongan untuk RUU itu dibentangkan.
“Ini adalah satu kejayaan (mendapat kelulusan Kabinet) dan kita mendapat sokongan daripada Kabinet.
“Insya-Allah pada 12 Jun ini (Isnin), kita dapat tarikh untuk bentangkan bacaan pertama di Parlimen,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat berkaitan RUU baharu bagi kawalan produk merokok.
Dr Zaliha menambah, KKM telah memasukkan kesemua 23 cadangan pindaan yang dikemukakan sebelum ini, selain menambah lima cadangan baharu terhadap RUU tersebut yang juga dikenali sebagai Dasar Generasi Penamat (GEG).
Beliau berkata, ia antaranya memperkenalkan klausa laporan berkala dengan laporan pertama dijangka dibentangkan pada 2025 sebelum RUU tersebut dilaksanakan sepenuhnya kepada GEG pada 2030.
"Itu rangka masa (pelaksanaan penuh 2030) yang dinyatakan dan selepas itu adalah yang berkala.
"Apabila kita melaksanakan laporan berkala, ini akan mengambil kira semua keputusan dan kajian-kajian yang dilaksanakan sepanjang itu untuk melihat keberkesanan RUU yang telah dicadangkan," ujar Dr Zaliha.
Mengenai denda yang dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM500 pula, Dr Zaliha berkata ia bertujuan untuk tidak membebankan generasi GEG, selain bukan satu bentuk hukuman sebaliknya mendidik.
Turut dikekalkan dalam RUU tersebut ialah tiada hukuman penjara dan khidmat masyarakat bagi memberi peluang pendidikan, kesedaran, dan tidak bersifat punitif semata-mata.
RUU berkenaan antaranya akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.
RUU tersebut dibentang bagi bacaan pertama dan kedua pada 27 Julai dan 1 Ogos tahun lalu oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin.
Khairy memaklumkan satu kertas Pindaan Dalam Jawatankuasa yang mengandungi 23 pindaan ke atas RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 06 2023

Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan pada 26 Mei lalu telah mengemukakan memo Jemaah Menteri kepada Kabinet, dan mendapatkan sokongan untuk RUU itu dibentangkan. - Fail/Astro AWANI

Kelab Thailand hantar pingat kejuaraan kepada tonggak JDT tanda penghargaan
Chonburi mengirim pingat kejuaraan liga kepada penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, sebagai tanda penghargaan.

Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura
Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.
Wan Azizah yakin PKR mampu tawan Kelantan
Wan Azizah tegaskan potensi PKR menawan Kelantan bergantung pada semangat anak muda, integriti ahli, dan komitmen memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Edry KRU beli semula album sendiri
Edry KRU berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).
UK hentikan rundingan perdagangan, EU pertimbang langkah serupa keatas Israel
Ikuti ulasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai tindakan United Kingdom yang menhentikan seketika rundingan perdagangan bebas dengan Israel dan kenyataan Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan tindakan sama.
Tun Ahmadshah pemimpin prihatin kepada rakyat & negeri - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di kota kinabalu semalam.

LIMA'25: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan canggih bagi memperkukuh keselamatan maritim negara.

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Pickleball jadi pilihan Ikon Sukan Negara kembali ke gelanggang
Chan Peng Soon dan Mirnawan kini aktif dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun ini - Dr Zaliha
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini.