awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Kewangan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
03/04/2023
06:48 MYT
RUU Kewangan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat
Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, pada 15 Mac lalu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023.
Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata RUU itu bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 selain melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta berkaitan.
Pindaan tersebut termasuk meminda subseksyen 3(3) Akta Kewangan 2018 [Akta 812] dengan menggantikan perkataan "dan 2022" dengan perkataan "2022, 2023 dan 2024" bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata kerajaan dijangka meneliti semula keperluan untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan SSPN selepas 2024.
"Tahun hadapan, kita akan melihat semula dasar ini dan mengambil maklum balas daripda semua pihak termasuk pihak pembangkang untuk membuat keputusan seterusnya," katanya.
Sementara itu, pindaan lain termasuk memperluas skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk meliputi kos pemeriksaan, intervensi awal dan rawatan pemulihan bagi anak-anak kurang upaya pembelajaran seperti autisme dan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan dengan potongan cukai yang dibenarkan terhad kepada RM4,000," katanya.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#RUU Kewangan 2023
#Steven Sim Chee Keong
#Belanjawan 2023
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan