KUALA LUMPUR: Kesemua Ahli Parlimen kerajaan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti, yang bakal dibentangkan dan dibahaskan selama dua hari bermula Rabu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, persetujuan itu dicapai sebaik selesai sesi libat urus bersama kumpulan berkenaan di Parlimen pada Isnin.
Jelas beliau, pada sesi berkenaan terdapat permintaan daripada Ahli Parlimen kerajaan agar mereka diberikan masa sebanyak mungkin untuk berbahas mengenai RUU itu.
"Memang tiada (penolakan) kerana semua orang menunggu RUU ini.
"Dalam libat urus tadi ada tiga empat persoalan tetapi kebanyakannya ialah berhubung perkara dalam dewan itu sendiri. Contohnya minta Ahli Parlimen diberi ruang yang sebanyak mungkin untuk terlibat dengan perbahasan kerana RUU ini yang amat dinanti-nanti oleh banyak pihak. Jadi, makanya Ahli Parlimen minta supaya diberi peluang dan ruang.
"Kalau 10 minit setiap Ahli Parlimen, sekurang-kurangnya jangan sampai penghujung perbahasan hanya dapat dua tiga minit," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Terdahulu, Wan Junaidi mengadakan sesi libat urus bersama anggota Jawatankuasa Pilihan Khas termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang); Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Padang Rengas); dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu).
Selain itu, hadir sama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu); Gobind Sing Deo (PH-Puchong); Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang); Datuk Darell Leiking (Warisan-Penampang); serta Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran).
Mengulas lanjut, Wan Junaidi (GPS-Santubong) berkata terdapat juga permintaan agar Senator dimasukkan dalam RUU itu
Bagaimanapun, beliau berkata Jawatankuasa Pilihan Khas berkaitan undang-undang anti lompat parti berpandangan tiada keperluan untuk berbuat demikian pada masa ini.
"Tetapi keputusan dibuat oleh jawatankusa dan biarlah kita fokus kepada ini dulu. Kalau ada keperluan pada masa akan datang, kerajaan akan buat (keputusan) sama ada Senator itu masuk. Contohnya, Senator yang dilantik oleh parti-parti yang bertanding di peringakt negeri, ada dua org wakil... itu juga wakil parti," katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Wan Junaidi menambah, Ahli Parlimen kerajaan turut membangkitkan persoalan adakah RUU itu akan menghalang seseorang Ahli Parlimen yang berbeza parti atau gabungan dan menyokong sesuatu usul, akan dikenakan tindakan terhadap parti mereka.
Mengambil contoh sistem di India dan England, Wan Junaidi berkata undang-undang di Malaysia bersifat lebih liberal.
"Kalau orang itu bukan ahli menyokong parti gabungan dalam satu-satu usul di Dewan Rakyat, dengan satu keputusan dewan yang diberikan sokongan, adalah tidak menjadi salah. Bukan macam di India, kalau bertentangan dengan parti dia, dia boleh hilang kelayakan atau terkeluar daripada parti.
"Jadi undang-undang di India dan England adalah bercorak demikian tetapi undang-undang kita tidak," katanya, yang akan mengadakan sesi libat urus bersama ahli Pembangkang esok.
Wan Junaidi berkata, pembentangan RUU itu pada 27 Julai ini akan dimulakan dengan mengemukakan usul berkaitan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum seseorang ahli Dewan Rakyat akan menyokongnya.
Ia kemudian disusuli dengan pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dibahaskan oleh Ahli Parlimen secara bersekali dengan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas.
Sesi penggulungan berhubung RUU tersebut dijangka dibuat pada pukul 2.30 petang, 28 Julai, ujarnya.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 25 2022

Kata Wan Junaidi (gambar) rang undang-undang berkenaan juga telah melalui proses perbahasan dan perbincangan yang mendalam daripada ahli Dewan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas. - Bernama

Small Town Heroes ulangi kejayaan di China
Filem Small Town Heroes mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi trofi pada Festival Filem Asia Pasifik ke-60.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat lulus usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan
Ahmad Maslan berkata pindahan tersebut akan digunakan bagi pembiayaan keperluan perbelanjaan pembangunan tahun 2023.

Aduan menerusi kempen MYJalan dijadikan data induk - Alexander
Data yang dikumpul menerusi aduan Kempen MYJalan dijadikan sebagai data induk dalam menganalisis kerosakan dan memperbaiki jalan raya di negara ini, kata Menteri Kerja Raya.

Projek rintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun 2024, libatkan 1,000 syarikat
Pemilihan syarikat akan melalui proses yang menekankan sokongan dasar, tahap keperluan sektor serta kesaksamaan.

Dasar Gaji Progresif beri manfaat kepada 1.05 juta pekerja - Rafizi
Pelaksanaan inisiatif itu juga dijangka memberi nilai tambahan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar sebanyak RM3.3 bilion.

Majoriti majikan sokong Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Kaji selidik terhadap 2,038 pekerja mendapati sebanyak 60 peratus menyokong pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

Polis tak buat SJR di selekoh, selepas bukit - KDN
SOP yang perlu dipatuhi termasuk Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Dewan Rakyat lulus RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023
Dr Zaliha berkata, pengguguran GEG adalah tindakan kolektif Kerajaan demi menutup sebarang kelompangan, dan percanggahan dengan Perlembagaan.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Penggulungan dijadual dibuat Menteri Kesihatan sebelum diputuskan untuk kelulusan setelah RUU itu dibahas 26 Ahli Parlimen semalam.