Skip to main content

Malaysia

Dua maut, empat cedera nahas dua kenderaan dekat Felcra Sungai Ara

nggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan dua kenderaan di Kota Tinggi._Sinar Harian
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan membabitkan Nissan Sentra dan Proton Saga berhampiran simpang Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi. - Foto JBPM

KOTA TINGGI: Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta Proton Saga dan Nissan Sentra berhampiran simpang Felcra Sungai Ara, di sini, pagi Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 8.57 pagi.

Advertisement

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 9.39 pagi, didapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Seorang wanita dikenali sebagai P Priyanka,26, dan seorang lelaki dewasa di dalam kereta Nissan Sentra disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dalam keadaan tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa di dalam kereta Proton Saga yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

"Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas ‘Road Traffic Accident’ (RTA) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. -- Sinar Harian

Must Watch Video