Rang undang-undang bagi meminda hukuman mati mandatori dijangka dibentang pada Oktober depan di Dewan Rakyat selepas kerajaan memutuskan hukuman penjara setimpal bagi menggantikan hukuman maksimum itu yang diperuntukkan bagi 11 kesalahan berat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata untuk itu, satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi mengkaji hukuman pemenjaraan terhadap kesalahan berat berkenaan.
"Ini akan melibatkan peralihan besar dalam dasar hukuman, oleh itu kerajaan memerlukan masa untuk mengkaji dan membuat keputusan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Liew juga berkata pasukan petugas itu akan turut mengkaji semula hukuman penjara seumur hidup sama ada tempoh pemenjaraan dikurangkan antara 10-30 tahun bagi 11 kesalahan berat berkenaan.
Ketika ini, undang-undang memperuntukkan hukuman mati mandatori terhadap kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti bunuh, rompakan bersenjata dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan juga kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Dalam perkembangan lain, Liew berkata, pada Selasa (16 Julai), kerajaan akan membentangkan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan rakyat berumur 18 tahun didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.
Beliau berkata apabila pindaan itu diluluskan, kira-kira 3.8 juta pengundi baharu termasuk rakyat berumur 18 tahun dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Selain itu, beliau berkata, pada Rabu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang bagi menambah 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu kepada 60 kerusi sedia ada, .
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2019
Datuk Liew Vui Keong berkata untuk itu, satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi mengkaji hukuman pemenjaraan terhadap kesalahan berat berkenaan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.