awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/02/2025
12:03 MYT
RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
Nga Kor Ming berkata, RUU itu ketika ini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan depan. - Foto KPKT
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, RUU itu ketika ini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan depan.
"Setelah mendapat kelulusan Jabatan, RUU ini akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Mac, diikuti dengan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada Mei ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
RUU itu menekankan prinsip-prinsip yang telah digariskan terutamanya dalam memastikan tiada pihak yang akan tertindas dalam proses pembaharuan semula bandar.
Ia juga mengandungi peruntukan khas bagi melindungi hak dan kepentingan pemilik untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan hak pemilikan, serta proses dan prosedur pembaharuan semula bandar.
Selain itu, RUU berkenaan turut menyediakan exit plan atau Pelan Kontigensi Pembaharuan Semula Bandar (dalam bentuk penyediaan perundangan subsidiari iaitu Kaedah-Kaedah) bagi mengatasi masalah-masalah sekiranya suatu projek pembaharuan semula bandar itu tidak berjaya bagi menjaga hak dan kepentingan pelbagai pihak yang terlibat dengan pembaharuan semula bandar.
KPKT turut memaklumkan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sudah diadakan bagi mendapat maklum balas dalam memperhalusi draf pindaan itu sebelum diperkenalkan.
Semua maklum balas yang diterima daripada sesi libat urus tersebut akan dipertimbangkan dalam memastikan dasar yang digubal itu dilaksanakan dengan efektif dan menyeluruh.
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Pembaharuan Semula Bandar
#Parlimen
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan